23 May 2016

Teknik Mengecat Ruang Rumah Dengan Cepat Dan Mudah....


Hari raya bakal menjelang tak sampai dua bulan lagi. Persiapan ada yang telah diatur dan difikirkan untuk memeriahkan hari raya tahun ni, Antaranya mengubah penampilan dan suasana rumah. Cara yang paling biasa adalah dengan mengecat ruang di rumah. 

Berminat untuk melakukan sendiri proses mengecat tetapi tidak tahu bagaimana untuk menguruskan teknik-teknik yang betul semasa mengecat....? Berikut disediakan enam langkah paling cepat dan mudah yang pasti membuatkan anda lebih 'bersemangat' untuk mengecat.

1. Bersihkan dinding
Buangkan terlebih dahulu permukaan dinding yang berhabuk, kesan minyak dan kotoran dengan cermat. Proses ini diperlukan untuk memudahkan anda mengecat dalam keadaan tekstur dinding lebih halus dan licin. Anda boleh mengunakan air dan sedikit bahan pencuci bersifat lembut serta sediakan cellulose sponge untuk proses pembersihan dinding. Setelah anda puas menyental kotoran pada dinding, ikuti dengan langkah membilas menggunakan air yang bersih untuk menghilangkan kesan sabun.

2. Gunakan tape
Anda boleh melekatkan tape pada permukaan ruang yang tidak mahu terkena cat seperti pada tingkap, pintu dan sebagainya. Tanggalkan tape tersebut dengan segera setelah siap mengecat sebelum dinding mulai kering. Ini kerana untuk mengelakkan tanpa sedar anda tertarik cebisan cat yang sudah kering dengan sempurna. Naya nanti...

3. Coating atau 'prime the wall'
Penggunaan coating ataupun primed pada ruang dinding memberikan perlindungan untuk dinding anda. Oleh itu, biarpun dinding anda selalu dicat ia masih memerlukan proses ini.

4. Guna berus kecil
Semestinya kesempurnaan mengecat tidak dapat dengan hanya menggunakan rolling brush. Oleh itu sediakan juga berus kecil yang bersesuaian untuk permukaan yang sukar dicapai oleh roller brush seperti pada bahagian tepi dinding, trim dan sebagainya. Sebaik-baiknya pilih berus berbulu lebih kurang panjang dua inci ataupun tiga inci untuk pintu, tingkap dan moldings.

5. Teknik W
Untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif, anda bolehlah mula mengecat pada bahagian tepi dinding dan lakukan tiga kali roll mengikut paten abjad W. Setelah itu, cat keseluruhan permukaan yang masih belum dicat pada keliling abjad tanpa perlu mengangkat roller brush. Sudahkan proses tersebut dengan sebaik-baiknya. Anda hanya boleh mengecat pada satu dinding dalam satu masa. 

6. Cat permukaan lain
Setelah anda mendapati cat di dinding telah kering dengan sepenuhnya, gunakan tape dan lekatkan ia pada permukaan trim yang bertemu dengan dinding.Setelah itu, cat pada bahagianmolding, pintu dan bingkai tingkap dengan menggunakan berus two inch angled.

p/s :Semoga bermanafaat..... sharing jer   :)

#kredit SINI

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...