17 May 2016

Aku Memang Bukan Nak Jadi Neelofa.....


Aku adalah seorang aku.... Aku  terlalu obses dengan komputer. Sekarang ni laptop la.... So, kerja aku selain 24 hours housewife....  dah tersuka dengan alatan ni.... jadilah aku seorang blogger.... yang ala suam2 kuku jer. 

Selebihnya aku sorang peniaga online @ dropshipper. Tanpa kos, tanpa modal selain sebuah laptop buruk dan line internet Unifi. Oh lupa!... henpon  berjenama Asus yang di beli hasil duit blogging. 

Ini aku nak cerita kisah ni.... Banyak dah tersebar di group whassap ni.... Mana yang belum dapat tau, boleh baca dulu.... :

======================================

Alkisah...sila baca...
[ AKU BUKAN NEELOFA]
"Kak ,  saya give up la. Saya meniaga online, tapi takde siapa pun nak beli.."
"Berapa lama dah meniaga?"
"Seminggu dah kak..."
(Kata seorang gadis dengan nada yang sayu)
.
Pesanan kakak :
Dik...kau bukan Neelofa, sekali promote seribu orang nak beli. Kena ambik masa nak bagi orang percayakan kita.
Sekurang-kurangnya 3 BULAN
.
Saya pun kalau nak beli online, hanya kat orang yang saya percaya je
.
Customer pulak macam-macam ragam. Antaranya:
✔Ada yang tanya sekali, terus beli..
✔Ada yang tanya 18 kali tak beli2..
✔Ada yang pm tanya harga, terus keras kejung..
✔Ada yang mintak no akaun, 10 bulan lepas tu baru bank in
Ingat senang ke orang nak suka² bagi duit kat kita?
Ingat senang ke nak meniaga hari2 duit masuk dalam akaun?
Tak senang! Tapi tak mustahil..
Rezeki datang dari Allah
Yang penting kita Berusaha
Dan jujur...
Untuk awak YANG bukan NEELOFAAAA HAHAHAH (termasuk saya)
#SharingIsCaring 

======================================

Kalau yang tanya sekali terus beli tu..... jarang sangat nak dapat.  Yang banyak tanya tu biasa dapat. Tapi membelinya takde pun. Yang terlalu biasa aku dapat..... tanya stok, tanya harga, terus diam keras kejung.

Yang menghairankan tu, macam la masa aku promote tu tak letak harga. Dah tertera harga dah tu... Kalau ada yang tanya, lepas tu berbulan2 baru nak bank in.... kena refund balik la jawabnya.

Dah masuk 5 tahun berniaga online, macam2 ragam dah jumpa.  Ada yang nak beli siasat macam detektif pun ada..... Kita faham, bukan senang nak percaya org..  Takpe, customer is always right kan! 

So far, takde masaalah besar. Masalah kecik2 tu... biasa. Biasanya barang dapat lewat. Masaalah pos laju yang paling biasa. Itu sebab customer tak boleh tetapkan hari bila barang nak sampai.... tapi customer payah nak faham... Di sekolahkan dek customer tu dah biasa.... ha3! Buat dek jer.

Kalaulah yang semua bertanya tu membeli kan bagus.... Kayo den..hihi! Customer ni suka tanya barang yang lama2...  Dah lebih 3 bulan tu biasanya dah abis..... kecuali yang restock balik. 

Dah panjang cerita ni... Harap ada rezeki hari ni dan seterusnya. Walau dah agak sibuk niaga online, dunia blogging akan diteruskan...  Tak kisah kalau tak dikenali dan tak jadi usahawan berjaya macam neelofa tu.

Asal jadi diri ku sendiri dan mendapat rezeki yang berterusan pun dah cukup..... Dan kesihatan yang baik. Hanya itu yang ku harapkan....

p/s : Musim nak raya ni memang kecoh sikit la... Tiap2 tahun macam ni... Kita dah buat sehabis baik, stuck plak kat pos laju akibat lambakan bungkusan pos... So, teruk la kena jawab dengan customer bila barang lambat sampai.... mintak2 tahun ni okey sikit pada yang sudah... Apapun hadap jer la :)

4 comments:

  1. tak apa Neelofa ada bahagian dia..kita ada bahagian kita...mungkin apa kita ada Neelofa tak ada dan sebaliknya..kerana rezeki itu Allah punya..moga terus success ya..

    ReplyDelete
  2. Pernah meniaga online dulu tapi x baper nak masyuk, terus rasa giveup..dengan stress mengadap customer yang macam2 ragam..untung kita sbg dropship tak la banyak tapi rasa tak berbaloi dengan karenah pelanggan yg kadang menyakitkan hati..

    ReplyDelete
  3. SA pun pernah alami nasib yg sama..la ni stop kejap jadi dropshipper..kalau ada BRG nak jual terus direct up Kat Blog..insyaallah ada yg beli...

    ReplyDelete
  4. untung jadi org glamer ye, jual apa barang mesti laku keras ;)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...