14 April 2016

Resepi Mee Kuning.... Berangan2 Nak Buat Sendiri Ni....


Dah lama berangan2 dan bercadang nak buat mee kuning sendiri. Tak pernah aku buat lagi. Dapat tahu ada kena bubuh satu bahan tu baru menjadi..... tu yang tak berani nak buat takut tak jadi.

Tengok bahan2 ni senang ..... bahan2 pun simple jer. Tak ada pun bahan tu.... namanya 'air abu' ... Entahlah itu yang aku dapat tahu... Tapi yang ni mesti boleh jadi.. kan! Lepas tu boleh lah makan mee goreng.... Yeayh!

BAHAN-BAHAN:
450gm tepung gandum
1 biji telur saiz ‘C’
Air secukupnya untuk menjadikan doh lembut
Sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung, serbuk kunyit, dan garam ke dalam mangkuk dan buatkan bulatan di dasarnya. Kemudian, pecahkan telur.
2. Gaul tepung bersama telur dan air sehingga membentuk doh.
3. Rehatkan doh di dalam peti ais selama 20 minit.
4. Bentukkan mi kuning menggunakan mesin pasta.
5. Didihkan air dan masak mee cara 'al dente'.

*Untuk mengelakkan mee dari melekat selepas dibentukkan, tabur tepung diatasnya sebelum dimasak.

p/s : mesin pasta memang dah lama ada.... beli mesin cadang nak buat karipap, tapi jarang2 buat. terperuk je la... elok la gunakan!

#kredit SINI


1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...