02 April 2016

Petua Tradisional Cegah Bayi Jaundis Yang Ibu Hamil Kena Amalkan.....


Bayi baharu lahir memang tidak pernah terlepas daripada dihidapi jaundis atau demam kuning. Apa yang membezakannya adalah tahap bacaan darah bayi tersebut. Jika terlalu tinggi maka perlu mendapatkan rawatan fototerapi di hospital.


Walaupun jaundis adalah masalah normal dalam kalangan bayi baharu lahir namun jika terlalu tinggi ia boleh mengundang bahaya. Harapnya tahap jaundis bayi kita hanya peringkat normal dan boleh hilang selepas tempoh dua minggu.



Kata orang ada petua yang boleh diamalkan oleh ibu ketika hamil bagi mencegah bayi dihidapi jaundis teruk.

1. Amalkan minum susu kambing dua cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur.

3. Amalkan makan tiga sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu madu setiap hari.

4. Amalkan makan buah kurma sebagai sarapan.


5. Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Air kelapa dikatakan baik untuk bayi selain dapat mengelakkan penyakit jaundis.

p/s : Ibu hamil kalau rasa loya atau mabuk pada awal kehamilan suka makan makanan masam. Elakkan  makan asam jeruk atau kering yang dijual di pasaran. Kalau nak makan yang masam2 tu makan la epal hijau, mangga atau kedongdong. Nanti bahan kimia pada jeruk tu efek pada hati bayi.  Ini pengalaman saya tau... :)

#kredit SINI

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...