12 April 2016

Periksa Tarikh Luput Kosmetik Anda...


Produk kosmetik tidak boleh dipisahkan dengan kaum wanita. Bahkan tercatat sejak zaman Mesir kuno, aneka ramuan atau produk kosmetik sudah lama menjadi amalan. Seperti makanan, kosmetik juga mempunyai tempoh luput. Rawat produk kosmetik dengan tepat supaya kekal lama dan selamat digunakan.


SIMPAN DI TEMPAT YANG TEPAT

Setelah dibuka, simpan produk kosmetik di tempat yang sejuk dan kering. Hindari tempat yang lembap atau terkena sinar matahari secara langsung. Produk kosmetik akan mudah mencair manakala di tempat lembap, tekstur kosmetik akan mudah rosak sehingga tidak boleh digunakan lagi.


KEBERSIHAN

Kesan sentuhan secara langsung boleh menyebabkan alahan akibat kuman, bakteria mahupun sel kulit mati yang melekat pada produk dan barangan kosmetik. Adalah disarankan agar berus sintetik dibersihkan setiap dua kali sehari. Gunakan cecair pembersih solekan atau sabun wajah.


ASAH DENGAN BETUL

Beberapa alat solek perlu diasah sebelum digunakan. Antaranya seperti pensel gincu, atau pensel alis. Masukkan alat solek ke dalam peti sejuk setengah jam sebelum diasah. Hasilnya tentu anda puas hati!


TEMPOH MASA KOSMETIK

Periksa tarikh luput pada kemasan produk. Sebaiknya patuhi informasi yang tertera. Sebagai gambaran, rata-rata tempoh masa kosmetik seperti berikut :

· Gincu dan penggaris bibir : 1 tahun
· Maskara dan penggaris mata : 3 bulan
· Bedak padat dan pembayang mata : 2 tahun
· Bedak asas : 1 tahun
· Span : Ganti bila sudah kotor

p/ s : pastikan yer.... nanti berkurap plak wajah nanti... hehe!

#kredit SINI

1 comment:

  1. MG mmg bukan jenis yg pakai smpai habis.
    rasa mcm dh lebih staun tu mmg MG buang je ..huhu



    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    TOLONG INFORM SAMA ADA ANDA BOLEH BUKA ATAU TAK BLOG MG :)
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/03/minta-tolong-inform-jika-anda-tak-boleh.html

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...