05 April 2016

Nak Cuba Buat Pes Tomyam Sendiri.........


Kalau buat tomyam, adakah anda membuat pesnya sendiri? Atau anda lebih suka menggunakan pes sedia siap? Kebanyakan orang lebih senang menggunakan pes tomyam yang sudah siap kerana cara ini lebih mudah dan rasanya juga sedap. Sebenarnya ada cara untuk anda menghasilkan sendiri pes tomyam yang sama hebat seperti yang ada di pasaran tu.

Lagi best, anda boleh buat lebih dan simpan untuk kegunaan masa depan. Sama je konsep macam anda beli pes yang sedia siap tu kan? Tapi yang ni confirm sihat dan terjamin kebersihannya kerana anda membuatnya sendiri.

So, lepas ni sila buat sendiri pes tomyam anda. Ala... senang jer, blend jer semua bahan dan tumiskan jer. Boleh bertahan lama.... Menjimatkan! Di bawah ni disertakan resepinya. Kutip jer kat laman web, semudah dihujung jari ...

PES TOMYAM

BAHAN-BAHAN:
7 biji bawang merah
½ biji bawang besar
3 biji cili masak
10 tangkai cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan | dibakar
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukupnya

CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan kecuali air asam jawa, gula dan garam.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
3. Masak sehingga memekat dan warnanya kemerahan. Siap!

*Pes ini boleh bertahan sehingga 1-2 minggu jika disimpan dengan baik dalam bekas kedap udara. Jika mahukan pes tomyam yang lebih pedas, anda boleh letakkan cili padi ke dalamnya.

p/s : Mesti masakan tomyam anda tambah sedap nanti.....

#kredit SINI

1 comment:

  1. xpernah buat pes tomyam sendiri..selalu pakai kiub tom yam tu je..heee..rupanya bahannya pes nya mudah je ekkk..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...