Selalunya bila tersedak makanan atau makanan tersangkut ditekak atau tercekik.... minum air jer... tapi baru dapat info ni iaitu hanya perlu mengangkat tangan.
Entah betul ke tidak tidaklah diketahui.... sebab belum cuba iaitu belum tersedak lagi... tapi apa salahnya mencuba nanti sekiranya berlaku.... Tapi harap2 tak lah terjadi...
Ceritanya begini :
Di Atlantic City, New Jersey, AS, seorang anak berusia 5 tahun bernama A'Zir Spence dengan bijaknya telah menyelamatkan nyawa neneknya, dengan hanya perlu “mengangkat tangan”.
Satu hari, Shirldine Stewart berusia 56 tahun sedang menonton TV di rumahnya sambil makan jelly. Cucunya Spence turun ke bawah untuk menanyakan sesuatu kepadanya. Ketika nenek memalingkan muka untuk memandang cucunya, sepotong jelly tersangkut di kerongkongnya.
Si nenek berusaha untuk melepaskan jelly yg tersekat dengan menekan bahagian perutnya, tapi gagal. Spence lalu bertanya: “Nek! nenek tersedak ke?”, namun nenek tidak mampu menjawab. “Saya rasa nenek tersedak. Nek! Cepat naikkan tangan nenek!”
Nenek Stewart lalu mengangkat tangan di atas kepalanya dan ternyata jelly itu keluar dari kerongkongannya. Spence bagi tau kaedah ini dipelajarinya di sekolah.
Jadi cara menangani jika tersedak makanan adalah dengan hanya perlu 'mengangkat tangan'.
p/s : Itu kalau tersedak makanan, kalau tercekik tulang ikan boleh ke buat macam ni.... hmmm...entah, belum dicuba...hehe!
#kredit FB
No comments:
Post a Comment