26 March 2016

Rawat Emosi Yang Sengsara, Sedih Dan Kecewa......


Pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran kita. Kita kongsi di sini tip asas untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara-cara untuk berdepan dengan emosi tersebut.

1. LATIH MINDA LUPAKAN KENANGAN PAHIT
Melatih minda melupakan kenangan pahit perlu dilakukan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam. Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan.

2. HILANGKAN RASA RISAU YANG MELAMPAU
Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau. Pertama ia menarik masalah dan musibah. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fi zikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu sedih, kecewa dan takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.

3. BELAJAR BERSYUKUR
Ucapkan syukur ke atas semua yang anda ada. Sebagai contoh, ucapkan syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucapkan syukur seikhlas hati dan sebanyak mungkin sehingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda.

4. BELAJAR MENJADI PEMAAF
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda. Ketahuilah, anda selalu merasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri sendiri dan kesalahan orang lain terhadap anda. Belajarlah menjadi seorang pemaaf kerana ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda. 

5. KETAWA, KETAWA DAN TERUS KETAWA Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi. Ini bertujuan agar anda boleh ketawa secara semula jadi. Keraskan hati anda bermaksud hati anda mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah SWT menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

6. UBAH FIKIRAN Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh mengubah fi kiran tentang situasi-situasi tersebut. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh menemui nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan.

p/s : Don't worry be happy, hidup perlu diteruskan....huhu!

#kredit SINI

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...