07 March 2016

Lepasan SPM.... Ada tak Yang Berminat Dengan Course Aviation Engineering.......


Ada tak yang berminat dengan kerjaya yang mencabar ni.... Bekerja di lapangan atau hangar kapalterbang. Berpeluh2 lah sikit. Lelaki dan perempuan boleh masuk kerjaya ni. Tak ada diskriminasi gender. Kerjaya yang memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi.

Aku pun tak tahu banyak tentang course ni.... sehinggalah anak bujang aku yang sorang ni terjebak dengan course ni tahun lepas. Buat entry ni pun sebab aku rasa terpanggil nak bagi lebih pilihan dan peluang pada lepasan SPM. Lagi pun ramai tak tahu ADTEC ni apa... 

Pusat Latihan Teknologi Tingg (ADTEC) dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Banyak course ada di tawarkan. Ada sijil dan diploma.... Ada juga course yang boleh mohon under UPU. Tapi course aviation engineering ni berasingan sebab special sikit... memerlukan calon ditemuduga dan dinilai kelayakannya melalui peperiksaan khas.

Anak bujang aku tu sekarang mengikuti  Diploma in Aviation Engineering atau nama lainnya Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapalterbang di ADTEC Shah Alam, Semester Kedua. Dia kini dapat menyesuaikan diri dengan jayanya di situ... alhamdulillah...!

Masa mula2 dapat keputusan SPM tahun lepas awalnya memang fikir nak apply UPU jer. Tak terfikir yang lain dah.... Tapi ternampak plak iklan course ni kat suratkhabar. Suka2 jer aku hantar permohonan tu, nak bagi peluang anak bujang cari pengalaman pergi temuduga.

Ingat lagi, harini dapat keputusan temuduga ADTEC....berjaya, esoknya dapat keputusan UPU. Ingat kalau dapat pilihan pertama UPU akan terus tolak ADTEC ni. Tapi dapat pilihan ke 5, Course Sains Komputer UITM. Huh, terkejut dibuatnya... course canggih tu. 

Hati aku dengan en. somi berbelah bagi jugalah... sebab Uitm tuuu, Adtec tak setaraf Universiti..... pulak dah! Kami minta pendapat ramai orang.... Dari 10 yang ditanya... 9 kata elok masuk ADTEC. Ada yang kata kerja nanti gaji mahal... Banyak peluang kerja kat  luar negara lagi.....

Anak bujang ikut je apa kata kami.... tapi agak cenderung ke ADTEC. So, kami pilih ADTEC. Dekat jer dengan rumah,  tapi tinggal di asrama lah dia. Balik bercuti, en. somi ambik dengan motor je... Paling bagus tak seperti di universiti biasa.... makan minum disediakan macam asrama sekolah. Yuran asrama bayarnya lebih kurang jer dengan Uitm....  Ada pinjaman pelajaran jugak.

Kalau ada yang berminat nak ikut macam an bujang ku boleh apply sekarang.... di laman web ADTEC Shah Alam.... Klik SINI ...muat turun borang permohonan. Nanti akan di panggil temuduga. Jom la mohon, ya adik2!

p/s : Alhamdulillah... Exam semester lepas anak bujangku itu dapat result yang membanggakan jugalah..  Gambar copy dari google jer...

** Jawapan utk komen shida wati...(9/3/16)
Betul la utk pekerjaan ni, diploma tu asasnya saja... Selepas habis belajar, ADTEC akan aturkan pengambilan lesen (ujian dan pelbagai) di ADTEC sendiri. So, dapat diploma dan lesen sekaligus dan boleh terus bekerja..... Peluang pekerjaan terbuka luas, bukan hanya di Malaysia.... di satu dunia tau!

ADTEC adalah pusat pengajian kelolaan kerajaan yer....  So, course di ADTEC ni di iktiraf di dalam dan luar negara. Ya, pekerjaan dalam bidang ni lebih mengiktiraf lesen darpada segulung ijazah.... Yang berminat belajar dan terus belajar ke peringkat tertinggi tak sesuai dengan course ni....  

Sementara bekerja nanti boleh tambah lagi lesen aicraft peringkat demi peringkat seterusnya tapi kena ambil kat luar negara....  Tepuk dada, tanya diri sendiri.... Sesuai ke tidak....hehe!

5 comments:

  1. Salam ziarah..

    Up traffik blog

    Jom singgah di
    www.kluangtoday.com

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    nak ajak join segmen saya ni.
    http://www.kasihjuju.com/2016/03/blogwalking-segment-by-kasihjujucom.html

    jemput join ye :)

    ReplyDelete
  3. sy engineer...meh saya kongsi ikut pengalaman saya....actually tak seindah yg dikabarkan...untuk kerja dalam industri ini diploma ke degree ke even master dan phd tersangat la tidak laku kecuali kena ada lesen...boleh search licensed aircraft engineer/technician kalau nak tahu lebih...walaupun nak jadi licensed engineer ni pon susah dan memakan masa tapi ingatlah industri ni pon tersangat la goyang...tgk saja berapa org staff mas dah kena buang

    ReplyDelete
  4. dan lagi satu...kena faham satu benda (ramai yg masih tak nampak benda ni)....education is business...percaya tak? cuba study sikit berapa nisbah peluang kerja dengan graduan diploma/degree...tersangat la tak balance..pendek kata, banyak kolej2 baru terutama swasta tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan semestinya mereka ini menjual ilmu demi keuntungan dan langsung tidak memikirkan halatuju pelajar (dapat kerja atau tidak) selepas tamat belajar dikemudian hari...so pilih bidang elok2

    ReplyDelete
  5. Salam, saya cuma nak tahu klau saya brminat dlm bidang penyelenggaraan kapal terbang ni tpi lebih kepada bhagian avionic, sesuai jugak ke utk saya mohon adtec ni ? Klau tahu harap sudi berikan jawapan. Tq

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...