17 March 2016

Cara Ikat Tali Leher... Baru Ku Tahu, Banyak Cara Rupanya.........


Terjumpa dalam internet cara2 ikat tali leher a.k.a tie. Elok aku simpan carta ni. Manalah berguna kemudian hari. Bukan tak pernah belajar ikat tali leher ni. Dah banyak kali. Tapi sebab tak praktik hari2.... lama kelamaan lupa!

Baru kini jugak la ku tahu, ada banyak cara rupanya ikat tali leher ni. Ada macam2 nama ikatan plak tu. Walau nampak mudah tapi susah jugalah nak mengingatnya. Teringat masa anak bujang baru masuk form 1... Pening jugalah hari pertama tu.... Kat sekolah cikgu tolong pasang dan ajar anak. Lepas tu pandailah dia...

Ada suatu masa tu en. somi kena pakai tali leher kat tempat kerja, anak bujang tu lah yang tolong ikatkan tali leher ayahnya. Aku plak dah cuba belajar... pandailah sikit2. Tapi itu cerita lama... Dah agak2 lupa dah.

Ada carta bergambar ni, memudahkan aku belajar balik langkah demi langkah. Ada banyak cara, yang senang dan yang susah.... Pilih je la....

p/s : Haaa.... bila ada yang nak pakai tali leher, jom kita belit leher pelan2, insya'allah menjadi.... hihi!

2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian =)

    http://at-tarmizi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. alamakkk...!! saya memang tak tahu la ikat tali leher.. semua suami buat sendiri.. kalau saya yg ikatkan, mahu tercekik dia saya buatkan.. hehehehee.. :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...