Tips Menjadikan Percutian Lebih Bermakna.......... |
Ini ada tips yang boleh dikongsi.....
Langsaikan Kerja
Jika kamu sedang mengendalikan projek, apakata kamu selesaikan segala kerja bahagian kamu. Buat perancangan awal bila perlu kamu langsaikan semuanya. Perlu korbankan sedikit masa untuk menyiapkan semuanya supaya ketika bercuti nanti, kepala kamu tidak asyik memikirkan soal kerja!
Umumkan Cuti
Bukan bermakna kamu perlu beritahu semua orang kemana kamu akan bercuti, tetapi umumkan pada rakan sekerja yang berkaitan tentang ketiadaan kamu pada tarikh tertentu kerana bercuti. Ini sebagai tanda yang kamu tidak mahu diganggu ketika sedang cuti. Jangan lupa buat auto reply pada emel pejabat!
Percutian Terancang
Demi menikmati percutian kamu, buat perancangan teliti terutama sekali pada bahagian tempat tinggal dan aktiiti. Bukan apa, supaya senang apabila sampai destinasi kamu sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Tidaklah masa terbazir jika baru nak merancang setelah tiba di destinasi. Kecuali percutian kamu jenis backpacking, itu pun seeloknya tahu tempat-tempat yang ingin dituju nanti.
Dah buat semuanya.....? Yeahhh..... Happy Holiday!
great sharing
ReplyDelete