06 February 2016

Petua : Nak Kurangkan Pahit Sawi


Ada sesetengah orang tidak menggemari sayur sawi kerana rasanya sedikit pahit. Tambahan lagi bagi kanak-kanak, rasa pahit sawi membuatkan mereka mereka tidak suka menikmati hidangan sayur. Tapi aku suka sawi.... antara sayur kegemaran. 

Baru ku tahu ada petua yang boleh anda cuba untuk mengurangkan rasa pahit sawi. Mudah dan simple. Sebenarnya aku tak kisah pun dengan rasa pahit tu. Pahit2 tu la memnbuatkan sayur tu sedap. 

Tapi kalau dah ada cara nak kurang pahit, elok jugalah... Lebih senang anak2 untuk makan sawi ni. Taklah aku sorang je suka dan makan sayur sawi.

Cara2nya :

Mula-mula cuci daun dan batang sawi sehingga bersih. Pastikan sawi itu bebas dari ulat, pasir dan kekotoran yang melekat. 

Dengan menggunakan hujung pisau, ketuk batang sawi tersebut sehingga pecah dan mengeluarkan air. Buatlah langkah yang sama sehingga habis.

Kemudian potonglah batang sawi tadi. Potong juga daunnya. Eloklah asingkan batang dan daunnya. Apabila hendak masak, goreng batangnya dahulu supaya batang sawi lembut bila dah masak nanti.

Selepas tu, masaklah seperti biasa... dah siap!


p/s : Sedap sayur sawi ni.... goreng boleh, buat sup sayur pun sedap!


#kredit SINI

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...