Mengisi slot Zehra yang bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam secara eksklusif di TV3, Cinta Teruna Kimchi mengisahkan ‘suratan di sebalik satu pencarian’ apabila Kang Ye Jun (Nazim Othman), mahasiswa tahun dua di Universiti Hankuk dalam bidang kajian luar Melayu-Indonesia cuba mendapatkan jawapan tentang siapakah ayahnya yang sebenar.
Persoalan yang menghantuinya sejak dari kecil itu bertambah runsing apabila dia menemui sekeping foto lelaki berkopiah yang besar kemungkinan adalah ayahnya.
Berdasarkan foto itu dia yakin bahawa ayahnya berbangsa Melayu sama ada dari Indonesia atau Malaysia. Lantas dia beriya mendalami bahasa Indonesia-Malaysia serta mendalami Islam.
Dalam masa yang sama, hasil didikan ibu dan neneknya, Kang Ye Jun juga gemar memasak dan pandai menyediakan hidangan ‘Kimchi’. Di berwawasan untuk ke Malaysia bagi membuka restoran Kimchi yang memberi makna yang tersendiri bagi dirinya sekeluarga.
Kalau mahu lihat bagaimana handalnya Nazim Othman menyediakan hidangan Kimchi dalam Cinta Teruna Kimchi, anda kenalah saksikan drama yang turut dijayakan Risteena Munim, Johan As’ari dan Niena Baharun ini di Slot Zehra malam ini!
p/s : Yang paling tak tahan bila mendengar suara pelat korea yang dibuat oleh Nazim Othman tu...hihi!
#kredit SINI
No comments:
Post a Comment