05 February 2016

Gambar Pernikahan Akim Stacy.... 'Bagai Pinang Dibelah Dua'


Akim dan Stacy telah sah sebagai suami isteri di satu majlis bertempat di Shangri-La Tg Aru, Kota Kinabalu Sabah pagi tadi. Pasangan ini disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300 pada jam 10.15 pagi dengan dua kali lafaz. 

Mereka dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Negeri Sabah (JAIS) Tuan Haji Matlin Dimin berwakilkan wali abang kepada Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam.

Akim telah memilih sebentuk cincin bertahtakan lima permata di sekelilingnya untuk diberikan kepada isterinya, Stacy. Katanya, corak itu dipilih bagi mengingatkan Stacy kepentingan solat dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan mereka nanti. 

Semoga Akim dapat membimbing Stacy menjadi isteri yang solehah dan semoga perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat. ... Aminnn!

p/s : Betapa sesuainya pasangan penyanyi terkenal ini....  Bak kata pepatah 'bagai pinang dibelah dua' atau 'bagai intan dengan permata' gandingan sepadan gitteww!....

#kredit SINI

2 comments:

  1. agak sedih gak sikit akim dah kawinn hahahaha tapi alhamdulillah gak finally dengan stacy gak :)

    ReplyDelete
  2. tahniah and selamat pengantin baru untuk pasangan sejoli ni....tumpang gembira...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...