Cara anda mencuci wajah akan mempengaruhi kesihatan wajah anda. Menggosok menggunakan produk yang kasar boleh menyebabkan iritasi kulit yang sekaligus menampakkan kulit wajah tampak ‘buruk’. Jika anda ingin tampil cantik dengan kulit wajah yang berseri-seri perbetulkan cara anda mencuci wajah.
Sekiranya anda ditanya apakah faktor yang paling penting dalam perawatan wajah? Selain produk yang sesuai pastinya cara anda mencuci wajah. Antara yang perlu anda tahu ialah:
-Cuci tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh kulit wajah.
-Basuh wajah anda dengan air suam. Ini kerana air suam membantu dalam membuka pori-pori kulit dan membersihkan kulit dengan lebih efektif.
-Usapkan buih/gel pencuci wajah dengan hujung jari. Sekiranya anda menggunakan span atau bahan lain, ada kemungkinannya kulit wajah anda akan mengalami iritasi.
-Lakukan urutan perlahan. Usap ke arah yang berlawanan dengan jarum jam, kemudian searah dengan jarum jam. Jangan melakukan pencucian wajah lebih daripada 1-2 minit.
-Bilas wajah dengan air suam dan gunakan tuala lembut untuk menepuk-nepuk kulit wajah sehingga kering.
-Usapkan pelembap untuk kulit kering atau sensitif. Berhati-hatilah semasa mengusapkan krim di sekitar mata untuk menghindari penarikan yang terlalu kasar pada kulit yang lembut.
-Hadkan mencuci wajah kepada hanya satu kali pada waktu pagi dan satu kali lagi pada waktu malam, atau setelah melakukan sebarang aktiviti yang menyebabkan anda berpeluh dengan banyak.
-Peluh juga boleh menyebabkan iritasi kulit wajah. Cuci wajah dengan sesegera mungkin selepas anda berpeluh.
p/s : Ikutilah setiap langkah yer.... Agar kulit sentiasa berseri dan awet muda....!
#kredit SINI
thanks sharing :)
ReplyDeletepayahnyaaa la nak cuci muka pun..hikhik
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian :)
ReplyDelete