19 February 2016

Bunga Ros : Setiap Warna Ada Makna Tersirat.....


Bunga ros atau mawar sering ditafsir sebagai lambang intimasi atau rasa cinta. Bahkan setiap jenis rona bunga ini turut membawa makna dan ertinya tersendiri. Melalui hadiah jambangan bunga juga boleh menjadikan sebuah hubungan itu lebih mesra atau mungkin lebih intim dan rapat. Ketahui makna disebalik rona kuntuman ros.

Merah
Jika seseorang memberikan kuntuman ros berona merah, itu menandakan yang si dia ada rasa cinta atau kasih kepada anda. Rona merah pada ros membawa maksud cinta sejati.

Kuning
Sepanjang sejarah silam, kuning sering dikaitkan dengan matahari yang secara tidak langsung rona ros ini boleh memberikan kegembiraan kepada si penerima. Ros kuning membawa mesej tersirat tentang penghargaan dan sayang tetapi tidak membawa erti keintiman. Ia juga menunjukkan perasaan fun dan joy.

Ungu
Rona ungu sering dikaitkan dengan kerabat tertinggi atau diraja di negara barat. Ianya rona yang membawa kepada perasaan tenang kerana ronanya yang harmoni. Warna ungu untuk ros sesuai untuk memberikan suasana keagungan dan kemuliaan.

Merah Jambu
Rona merah jambu membawa maksud konotasi rahmat dan anggun, serta kemanisan cinta. Bunga ros merah jambu gelap adalah simbolik kepada penghargaan dan secara tidak langsung memberikan maksud terima kasih. Bunga ros merah jambu bercahaya pula dikaitkan dengan kelembutan dan kagum, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai ungkapan rasa simpati.

Putih
Sejak zaman dulu, bunga ros putih diberikan sebagai simbol untuk cinta sejati yang yang kemudiannya ros merah diambil sebagai cinta. Ia juga sering dikaitkan dengan tema perkahwinan. Putih melambangkan perpaduan, kuasa dan cinta sejati. Ia juga dikatakan berkait dengan maruah dan penghormatan.


Oren
Gabungan rona kuning dan merah menghasilkan jingga atau oren. Ia dilihat sebagai jambatan antara persahabatan dan cinta. Ianya boleh menjadi ekspresi cinta atau mungkin hadiah untuk mengatakan kebanggaan kepada seseorang.


p/s : Bunga ros... biasa la dikaitkan sebagai lambang cinta. Ada makna tersendiri rupanya warna2 pada bunga tu, jangan maih hentam saja nak bagi tu....

#kredit SINI


3 comments:

  1. cantiknya ros. tak penah dpt lagi. huhu tuan blog ni nak bg tak ?

    ReplyDelete
  2. asha penah bau bunga ros dekat cameron yang paling wangi warna purple ja

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...