01 February 2016

Bakal Atlit Negara..... Ye Ke?



Anak perempuanku yang ni aktif sukan.... ikut dia semua acara dia nak masuk. Nasibla ada hadnya... Tiap2 tahun acara sukan mesti dapat 2 -3 pingat. Ini pingat pertama untuk dia tahun ni.... acara road run. Baru dapat Sabtu kelmarin.

Dapat no. 10. Alasannya tak dapat no. 1 sebab campur tingkatan 1, 2, 3 sekali... campur budak besar. Iyer kan aje lah. Bangganya dia bercerita kat aku.... Katanya lari main2 jer sebab kakinya sakit berlari untuk acara road run MSSD di Serdang  minggu lepas. 

Itu baru no. 10.... kalau  no. 1 jangan cakaplah.  Lagi riuh la dia bercerita. Dengarkan ajelah. Tumpang bangga jugaklah.... ada juga pencapaiannya. Ikutkan aje minatnya tu. Mana tau kot2 boleh pergi jauh nanti. Kalau boleh sampai ke tahap lebih tinggi nanti apa salahnya. 

Dia baru tingkatan 2 jer tu. Cuma aku harap dia tak abaikan perlajaran. Kalau  kuat berlari tapi pelajaran ke laut pun tak boleh kemana jugak.....  Tu yang aku selalu ingatkan pada dia. 

Acara sukan sekolah nanti katanya cikgu dah senaraikan untuk latihan rumah biru. Makin sibuk lah dia.... Acara nak masuk 100meter, 200meter, 4x100meter, 4x2000meter.... Tu dia  aihh!

p/s : Huh... ada harapan bakal atlit negara beberapa tahun lagi nih... hehe!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...