04 February 2016

Air Detoks... Dengarnya Boleh Cantik, Boleh Kurus ... Nak Cuba la...!


Air detox ni pernah jadi viral sekejap kat internet. Aku buat tak kisah jer... Kelmarin ada kawan facebok share minum air detox ni ada campuran serai, lemon dan tah apa2 lagi dah lupa. Terus aku terminat nak cari  info tentang air detox ni.

Dapat info dari satu web ni katanya detox ni seperti satu cara pembersihan tubuh dari segala kotoran dan bahan yang tidak diperlukan oleh badan. Detox juga membantu untuk melicinkan kulit dan membakar lemak pada tubuh badan. Bagus sungguh ni....

Boleh buat sendiri air detox , tak perlu kos yang mahal. Itu yang bagusnya. Sekarang dah ada yang berniaga air detox ni kat internet.... Kalau tiada kerajinan boleh beli jer...

Antara kesan dan kebaikan pada tubuh badan : 

- meningkatkan tahap metabolisma

- menjadikan and cepat kenyang dan mengelakkan dari makan junk food

- membantu tubuh membebaskan sel lemak secara semulajadi
- meningkatkan mood
 - mengurangkan keletihan pada otot semasa bersenam

Biasanya resepi detox menggunakan buah seperti manga, strawberi, anggur, berries dan epal kemudian di rendam bersama daun herba seperti daun peppermint, basil, pudina, saderi atau campur saja dengan madu. 


Tapi boleh saja guna buah tempatan seperti tembikai cina (watermelon), buah naga, nenas, betik, laici, jambu batu. Nak tambah cinnamon (kulit kayu manis), serai, halia atau timun pun boleh.

Buatlah sesedap rasa dan ikut kesesuaian selera..... kan! Simpan air dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk. Selalunya ia bertahan selama seminggu. Tetapi untuk memastikan kesegaran buah-buahan yang digunakan adalah lebih elok habiskan dalam masa 3 hari sahaja.

Ini untuk elakkan buah-buah yang direndam menjadi terlalu lembik dan berubah warna. Paling baik habiskan sehari sekali. Lepas itu buat yang baru. Lebih sedap dan menyegarkan.

p/s : Dah dapat info2 ni..... nanti nak cuba... huhu!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...