01 January 2016

HELLO 2016.... Impian Dan Impian :)


2015 dah berlalu....  kenangan suka dan duka, susah dan payah ini ku tinggalkan. Harapan 2016 ini moga impian nak menduduki rumah baru sebelum 2016 berakhir nanti tercapai. Inilah impian pertama. Alahai....!

Impian seterusnya....... agar aku terus sukses dalam dunia blogging ni. Dah 5 tahun berblog tapi blog masuh suam2 kuku tak bermaya........ Sebenarnya 2015 ni aku betul2 aktif. Di masa lain tu macam biskut aje lah. Kejap ada.... kejap tak ada..... hihi!

Nak berusaha lebih keras lagi menambah pendapatan..... biar tak dilanda kesempitan lagi. Kesian anak2 bila terpaksa bersama menanggung kesusahan hidup. Nak lihat mereka gembira dan berjaya dalam hidup dan pelajaran serta ilmu akhirat.

Harap bila dah lapang nanti.... boleh berbakti pada ibubapa sementara mereka masih ada. Tak sampai hati menyusahkan mereka... sepatutnya sebagai anak aku yang membantu dan menjaga mereka. 

Impian dan impian.... semoga  terlaksana.... Banyak lagi impian.... hmmm! Biarlah ku simpan di sudut hati.... Impian tahun 2015 dah terbabas entah mana.... So, buat ajelah impian lagi.... dan lagi  :)

p/s : Ada blogger tu 5 tahun dah jadi blogger terkenal, pendapatan pun masyuk..... aku, pendapatan sejuk beku jer, tak boleh jadi ni.... haish!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...