05 January 2016

Dah Tersangat Suka Dengan Makanan Korea Nih..... Jeruk Kimchi


Dari dulu memang aku tak pernah suka cerita korea, lagu korea dan apa saja tentang korea ni... apatah lagi cerita yang kelam-kabut tu.... Running Man. Tah apa2.... tak faham hujung pangkal. Hero dan heroin Korea lagi la aku tak tau... yang paling aku tau cuma gangnam  style jer... itupun sebab viral kat internet.... hehe!

Entah macam mana aku tefikir nak buat jeruk kimchi bila en.. somi beli kobis panjang yang keriting tu suruh masak sayur lemak putih. Ini gara2 tertengok rancangan Wanita Hari Ini buat resepi kimchi. Apalagi aku simpan la dalam 3 kelopak sayur kobis tu... nak buat kimchi.

Mula2 was2 jugak... takut nak rasa. Tapi dah rasa, sesuai  plak dengan tekak aku... sedap!!  Anak2 aku yang minat gila2 dengan korea tu pun tak suka jeruk ni macam aku suka. Siap tutup2 hidung lagi bila terhidu bau jeruk tu. 

Dah kali ketiga aku buat jeruk tu.... bila makan nasi jer mesti nak ada jeruk kimchi ni... dah jadi semacam penyedap rasa lauk2 lain. Serius sedap tau..... Rasanya yang masam2 pedas tu sememangnya menambat hatiku.....  

Gambar kimchi tu bukan cilok tau... itu gambar kimchi dari blog masakan ku, buat sendiri dan makan sendiri.... nak resepi, boleh klik jer SINI.... Senang sangat buatnya, pejam mata pun boleh buat... haha!

p/s : Lepas ni nak kena suka everything about Korea ke.... ? Tak  maulah, suka jeruk kimchi jer.... ahaks!

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...