06 January 2016

Belai Diri Ala2 Spa Di Rumah Jer.....


Rasa2 nak  buat ala2 spa dirumah tak? Nak pergi bermanja2 di spa  tak dapatlah. Ongkosnya mahal betul.... Orang yang benar2 berduit jer yang mampu. So, apa kata buat jer la sendiri kat rumah... Nak pembantu.... anak2 kan ada, suruh lah mereka tolong mana yang patut.... takde bath tub, pakai la pool plastik  anak2  berendam tu...hihi!

Di bawah ada beberapa langkah yang patut dilakukan... harap mendapat manafaat......

Resipi Mandian
Gunakan campuran air sabun bersama garam laut buat mengubati masalah sakit otot. Dan titiskan minyak kayu putih untuk masalah resdung dan sakit kepala keterlaluan. Apa jua minyak atau mandian beraroma sitrus boleh meredakan mesalah ketegangan minda; stress.

Suhu Air
Air mandian tidak sepatutnya bercampur suhu sejuk dan panas kerana ia mengakibatkan sakit kepala. Sebaiknya rendam tubuh di dalam tab berisi air bersuhu sejuk dan hirisan timun dan limau. Jangan menikmati sebarang minuman atau makanan ketika berendam.

Lilin
Inilah masa anda memberi perhatian lebih pada anggota tubuh. Gosok menggunakan span tubuh atau garam mandian bermula dari atas tubuh seperti tangan, bawah lengan, leher, dada, diikuti kaki, pergelangan kaki dan tapak kaki. Resipi scrub gula; campur sebati gula perang, madu , daun pudina, kulit oren, bersama kulit lemon dan lumurkan pada bahagian tubuh diingini.

Masker
Ketika enak berendam, rawat kulit wajah. Lumur masker menutupi muka sekurang-kurangnya selama 15 minit. Campurkan 1/2 cawan air suam, bersama oat, 2 sudu besar yogurt asli, 2 sudu besar madu dan 1 biji telur putih untuk resipi masker organik mujarab.

p/s :  Jom.... belai diri bergaya spa dirumah.... huwargh... best! :)

#kredit SINI

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...