09 December 2015

SHELL OUT - Bercadang Suatu Hari Nak Buat, Tapi Tak la Nak Letak Selambak Atas Meja.....

Aritu bulan lepas fenomena shell out melanda kat fb sekejap. Teringin pulak rasanya nak udang, sotong, ketam dan lala macam tu dan makan puas2. Tapi nak hidang terus atas meja macam yang orang buat tu memang tak la. Memang tak boleh..... selekeh dan kotor je rasanya. Tapi makan shell out sedulang anak beranak tu boleh lagi la.

SHELL OUT
SHELL OUT ......

Apapun resepinya yang penting.... Nak makan selambak, sedulang, sepinggan, ikut selera sendiri. So, tepek kat sini biar senang cari. Kalau salin atau copy kat dalam folder, bila nak guna.... terkial2 mencari. Ini pun baru jumpa balik... Mula2 tengok dulu.. lupa nak salin. Lepas ni boleh la share dengan u all semua. Sharing is caring yeahhhh....!

CREAMY BUTTER PRAWN

- Bersihkan 3 kg udang. Panaskan 1 cawan minyak. Goreng udang separuh masak. Bila merah je terus angkat n tapis. Tinggalkan minyak udang td dlm kuali,kalau sikit tambah 2-3 sudu lg minyak. Tambah 1/2 buku butter. Tumis 5 ulas bwg putih hiris,3-5 cili api hiris n segenggam daun kari sampai naik bau. Masukkan 2 tin susu cair + 1tin air. Tambah 1 paket perencah nasi goreng cina adabi, 1 sudu susu manis, 1 sudu cuka makan. Masukkan udang td n kacau sampai mendidih. Perasakan garam. Masukkan 1 sudu tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu air. Bila dah pekat,tutup api. 

CHILLIE CRAB 

- Bersihkan 7 ekor ketam besar. Belah 2. Panaskan minyak. Tumis 2 cwn cili blender (blend cili kering + bawang besar + bwg putih smpai halus). Tumis smpai garing. Masukkan 5 biji telur n kacau rata. Masukkan 1 paket perencah nasi goreng kampung adabi n perasakan garam gula n cuka. Masukkan 1cwn air + 1cwn air dikacau dgn 2 sudu tepung jagung. Kacau smpai mendidih. Mssukkan ketam. Kacau smpai ketam masak. 

LALA PADPRIK 

- Rendam 2 kg lala dengan 5 serai ketuk selama 30minit. Tapis n cuci bersih. Hiris 2 bwg merah + 4 bwg putih n ketuk 3 serai. Panaskan minyak,tumis bwg2 + serai + 4 helai daun limau purut + 1/2 cwn cili blender sampai naik bau. Masukkan 1/2 cwn air + 1 perencah nasi goreng tomyam adabi + cili sos + sos tiram + sos tomato ikut citarasa. Perasa dgn garam n gula. Masukkan lala. Kacau n masak smpai kuah agak kering. Masukkan 1 sudu tepung jagung dibancuh 3 sudu air. Kacau smpai msak. 

CRISPY SOTONG CELUP TEPUNG 

- Siang n bersihkan 2 kg sotong. Hiris sotong. Toskan smpai kering n lap dgn paper towel biar betul2 kering. Gaul dgn 4 biji telur dikacau. Pastu gaul dgn tepung goreng bistari. Panaskan 1kg minyak dlm periuk. Goreng sikit2 api besar smpai garing. Toskan. 


Suka dengan resepi2 ni..... nak buat pun mudah. Bahan2 pun ringkas jer. 


p/s : Dari fb.... gambar ambik dari google jer..!


6 comments:

  1. singgah pagi...
    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Woah mcm best je , nak buat jugak la . pasti husb suke , tq share info

    ReplyDelete
  3. i adalah pencinta seafood...memang x bleh tahan tgok shell out nyer gambar dan blogger yang up pasal tu...bikin terliur...

    ReplyDelete
  4. kecur liur.. huhuh belum pernah ber shell out lagi

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...