06 November 2015

Tip Mudah Yang Boleh Di Ikuti Sebelum Ke Majlis Perkahwinan


Hujung tahun banyak majlis perkahwinan berlangsung. Setiap kali menerima jemputan perkahwinan daripada rakan taulan ataupun saudara mara, pasti perkara pertama yang menjadi perhatian ialah, baju apa yang nak dipakai nanti. Mestilah nak nampak berlainan daripada orang lain.. kan!

Banyak juga perkara yang perlu di ambil perhatian ketika menghadiri majlis perkahwinan. Tak boleh lah tak ambil kisah juga. Bacalah mudah ini agar diri selesa dan dalam masa yang sama bergaya ketika majlis itu berlangsung. 


Pemilihan warna yang sesuai ketika menghadiri majlis perkahwinan adalah sangat penting, elakkan memakai pakaian yang berwarna sedondon dengan pengantin atau keluarga mereka. Sebaiknya dapatkan dahulu maklumat ini daripada pihak keluarga ataupun kenalan sendiri, biarpun ia tampak remeh tetapi tetap memberi impak yang besar nanti. 


Jika  menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di tempat khas seperti di dewan dan sebagainya yang memerlukan kita mematuhi kod pakaian yang telah ditetapkan, adalah sangat digalakkan mengikut kod pakaian itu. Jika tidak mempunyai kod pakaian yang ditetapkan, lihat pula pada masa dan tempat majlis itu akan berlangsung. Untuk lelaki atau wanita, seeloknya pakailah pakaian traditional atau formal ketika menghadiri majlis perkahwinan tidak kira di mana pun jemputan tu.

Seperti kita ketahui di Malaysia cuacanya sentiasa panas dan kadangkala hujan mengikut musim. Ketika memilih pakaian yang perlu digunakan untuk ke majlis perkahwinan, sesuaikan dengan cuaca dan persekitaran kawasan itu. Jangan memilih pakaian yang terlalu tebal atau yang tidak menyerap peluh terutama jika menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di rumah atau khemah pada waktu siang. 

Ini merupakan aspek paling penting dalam memilih pakaian untuk digunakan nanti, bukan hanya pakaian. Kasut yang akan digunakan juga perlu dititikberatkan, pilih jenis kasut yang selesa dan mudah untuk bergerak di kesesakan orang ramai nanti. Jika majlis perkahwinan yang diadakan pada musim hujan contohnya, elakkan menggunakan kasut tinggi atau yang berwarna putih untuk memastikan keselesaan. Mungkin juga kerana pada waktu puncak ramai tetamu yang hadir dan menyebabkan keperluan untuk meletakkan kenderaan jauh daripada rumah pengantin. Pastinya kita perlu kasut yang selesa untuk berjalan.

Ketika menghadiri majlis perkahwinan, digalakkan untuk berhias sedikit dengan mengenakan pemerah pipi atau bedak atau gincu agar penampilan selari dengan pakaian. Tidak perlu terlalu menyerlah solekannya, hanya untuk memastikan kita tidak tampak pucat dan tidak berseri. Pasti kita ingin bersama-sama pengantin untuk mengabadikan kenangan pada hari bersejarah mereka nanti tetapi jika wajah tampak pucat pasti diri sendiri tidak berpuas hati dengan keputusannya nanti. 

Akhir sekali, pelbagaikan gaya penampilan  ketika menghadiri majlis perkahwinan kerana kita dan yang lain akan mengenakan busana yang sama tetapi jika kita mempelbagaikan gaya pasti akan ada mata yang memandang nanti. Aksesori tambahan seperti ‘brooch’ atau barangan kemas akan menampakkan lagi kecantikan diri. Tapi tidak perlu terlalu sarat dengan hiasan kerana lebih sederhana lebih baik. Sebagai tambahan, jangan lupa sembur sedikit minyak wangi agar penampilan sentiasa segar walaupun di tengah-tengah orang ramai.

p/s : Hmmm...., bergaya itu satu kemestian, barulah nampak menyerlah... jangan over, sudah.... hihi!

#kredit SINI

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...