20 November 2015

Nak Rawat Ulser Mulut..... Caranya?!!


Beberapa hari ni terasa pedih jer dalam mulut... kena ulser sebab adanya luka di dalam mulut yang digelar mata ikan. Rupanya berbentuk bulat dengan luka putih yang membengkak...hadoii...! Nak makan pun susah.. pedih yang amat. Dah la lauk pauk yang dimasak semuanya pedas2 belaka.

Kumur dengan garam dah buat... kunyah ais pun dah... adalah kurangnya. Tapi masih sakit lagi sebab luas juga bengkak tu. Tengah fikir nak cari cara lain rawat ulser ni... tak boleh jadi...

Dapat artikel ni... apa lagi... copy la... bukankah sharing is caring...hehe! Nanti nak cuba satu persatu... heh!

Bacaaaaaaa...!!!

Baking Soda
Campur dengan sedikit air hingga menjadi pes dan sapukan pada kawasan ulser biarkan selama 20 minit dan berkumur untuk membersihkannya. Lakukan ini sebelum makan supaya anda dapat makan tanpa rasa sakit lagi. Anda juga boleh gunakan baking soda dan larutkan dengan air untuk berkumur dengannya. Kandungan asid yang tinggi dalam bahan ini akan mengelakkan jangkitan bakteria.

Daun Salam (Basil Leaves)
Daun ini mempunyai banyak khasiat perubatan. Anda boleh kunyah daun ini untuk kurangkan bengkak dan pedih ulser atau boleh jadikan ia sebagai bahan kumur untuk bersihkan mulut dari infeksi kuman.

Bawang
Jus bawang ini mempunyai enzim yang mampu menghalang bakteria merebak serta mengelakkan ulser melarat. Titik jus bawang pada ulser atau makan sebiji bawang sehari untuk redakan kesakitan. Sagat bawang dan perah jusnya dan ratakan pada bahagian dalam mulut. Ulang beberapa kali untuk kesan efektif dan hasilnya mulut bebas ulser dalam masa tiga hingga empat hari.

Minum Soda
Air soda mengandungi bikarbonat yang bagus untuk melenyapkan mikro organisme yang menyebabkan ulser itu. Minum soda selepas makan juga dapat membersihkan mulut daripada partikel lebihan makanan yang tersekat di celah-celah gigi. Bakteria yang menyebabkan ulser mendapatkan tenaga untuk membiak daripada sisa makanan ini jadi pastikan mulut anda sentiasa bersih.

Uncang Teh
Basuh dan sejukkan uncang teh yang sudah digunakan. Letakkan uncang pada ulser tersebut kerana teh mengandungi bahan yang bagus untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Letakkan seberapa kali yang anda suka.

Dadih
Dadih atau yogurt asli dan sejuk bagus untuk meredakan bengkak serta kesakitan yang disebabkan oleh ulser. Anda hanya perlu makan dadih setiap hari dan sapunya pada bahagian ulser untuk kurangkan sakit. Yogurt mempunyai kultur hidup dengan bakteria baik untuk melawan jangkitan bakteria.

p/s : yang nampak sedap dan mudah....makan yogurt la... nanti nak beli....:)

#kredit SINI

2 comments:

  1. saya selalu jugak jadi ulser nih. huhu. follow sis! :) #217

    http://nampakjiwaterbang.blogspot.my/

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...