Foto : instagram @makeupdramatics |
Tengok iklan terlajak laris kat tv, terdetik dihati nak belajar cara mencantikkan mata. Cara2 memakai eyeliner dengan betul.... Biar mata nampak menyerlah menggoda...hahaha.... (gurau jer!). Google dan jumpa info ni. Jom kita sama2 belajar.....
Sebelum menggunakan penggaris mata, kita perlu tahu jenis-jenis penggaris mata yang terdapat di pasaran contohnya seperti penggaris mata pensel, cecair atau gel. Setelah tahu perbezaan setiap jenis penggaris mata, dari segi tekstur mahupun cara pemakaian barulah boleh di aplikasikan pada mata.
Cara-cara:
Menggunakan apa jua jenis penggaris mata, adalah lebih baik jika menarik sedikit bahagian hujung kelopak mata.
Gariskan mengikut kelopak mata tersebut. Pastikan menariknya tanpa sebarang kedutan pada garisan atas bulu mata bagi memastikan sapuan yang kemas.
Jika masih tidak yakin dengan kemampuan menggariskan bahagian atas garisan bulu mata, ambil pembayang mata rona gelap dan sapukan di atas kelopak mata. Kemudian barulah digariskan dengan penggaris mata. Ia menjadikan solekan mata lebih galak, tanpa ada yang sedar kita cuba menyembunyikan sapuan penggaris mata yang sedikit comot!
Jika mahukan solekan selamat, gunakan penggaris mata jenis pensel dan lukiskan garisan penggaris mata yang halus pada kelopak mata. Kemudian ambil penggaris mata jenis cecair untuk dilukiskan semula di atasnya untuk efek yang menyerlah dan tebal.
Sekiranya memilih untuk mengenakan penggaris mata jenis cecair, pastikan ‘menarik’ garisan mata perlahan-lahan. Elakkan berhenti ketika menggaris bahagian atas bulu mata kerana ia akan membuatkan penggaris mata kembang dan menjadi comot.
p/s : huiyyoo senang jer nampaknya langkah2 tu.... nanti nak cuba buat lah. Selalunya buat cara ringkas jer....
#kredit SINI
cantik
ReplyDelete