08 November 2015

KISAH DAUN KARI DAN KHASIATNYA.....



Bila masak kari, bahan yang biasanya kita masukkan dalam masakan tu adalah daun kari. Barulah aroma kari tu semerbak dengan kesedapannya. Buat ayam goreng rempah pun letak daun kari. 

Ada juga buat sambal udang pun letak daun kari. Pendek kata macam2 masakan boleh letak daun kari. Kari sinonim dengan Inndia dan orang India panggil kalau tak silap karipuley @ karipillay. Buat kuih maruku pun mesti taruh daun kari.

Korang tau, yang paling aku suka dengan daun kari ni, pucuk dia boleh buat ulam.... cicah dengan sambal belacan ...sedap! Tak payah rebus, makan segar gitu je. Petua orang dulu... makan pucuk kari boleh menghilangkan bau badan. 

Pokok kari ni senang tumbuh.... tak perlu dijaga sangat. Dulu masa tinggal rumah lama ada tanam. Cepat jer besar dan beranak pinak. Itu kenangan dedulu la.... Skrg tak ada dah... rumah 5 tingkat.... takde tanah. 

Selain buat ulam, daun kari berkhasiat untuk : 

1. Penawar cirit birit dan buasir 

- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir. 

2. Loya dan pening 

- Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung. 

3. Diabetes 

- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. 

4. Agar rambut panjang dan sihat 

-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban. 

5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa 

- Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa. 

6. Lebam dan bengkak 

- Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu. 

7. Kecantikan dan kesihatan diri 

- Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari. 

p/s : sharing is caring..... 

#FB


2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...