05 June 2021

DIY Lilin Aromaterapi Menyegarkan Tubuh Badan

Antara salah bahan yang boleh di manafaatkan untuk memberi ketenangan dan menghilangkan stress adalah lilin aromaterapi. Kepercayaan ini di perkuatkan lagi dengan aroma dan cahaya yang cantik dan menarik. Setelah penat dengan aktiviti perkerjaan seharian, pulang ke rumah dan menyalakan lilin aromaterapi di bilik tidur dapat membantu tubuh, mendapat kerehatan dan bangun kembali dengan rasa yang menyegarkan badan.

DIY Lilin Aromaterapi Menyegarkan Tubuh Badan
DIY Lilin Aromaterapi Menyegarkan Tubuh Badan

Lilin aromaterapi banyak di jual di kedai-kedai di pasaraya. Harganya boleh tahan kayangan mahalnya. Ia ada berbagai rupa bentuk dan warna yang menarik. Sudah tentu terdiri dari berbagai aroma yang menyegarkan tubuh badan. Semestinya kerana lilin aromaterapi ini boleh menimbulkan rasa tenang sehingga mampu meredakan dan menghilangkan rasa stress.

Selain menghilangkan stress, lilin aromaterapi juga mampu mengatasi insomnia atau susah melelapkan mata untuk tidur. Selain itu lilin aromaterapi juga boleh membuat kita lebih fokus dengan se3suatu kerja yang sedang di hadapi. Jangan tak tau, lilin aromaterapi juga boleh menjadi satu terapi tahan sakit untuk lenguh-lenguh otot dengan bauan berasaskan pudina. 



Ramuan bau yang berasaskan lemon dan kayu manis juga di katakan mampu meningkatkan tenaga. Perisa lilin aromaterapi berasaskan kayu putih pula di percayai boleh menjauhkan alergik dan menghilangkan jangkitan pada seseorang. Ia juga mampu mengatasi keletihan dan pening kepala akibat bau yang kuat dan menyengat seperti bau petrol atau seumpamanya.

Berangan ke tidak untuk berwangi-wangiam dalam bilik tidur dengan lilin aromaterapi yamg menenangkan tu? Aku suka bau rose garden. Bolehlah dengan penuh perasaan rasa di taman yang penuh bunga mawar. Rupanya nak membuat DIY lilin aromaterapi ini adalah sangat mudah. Jom kita buat sendiri. Nak membeli, harga kayangan juga tu... 

DIY Lilin Aromaterapi Menyegarkan Tubuh Badan


Bahan-bahan DIY lilin aromaterapi:

Beberapa batang lilin putih secukupnya.
Botol-botol  kaca yang tahan panas
Pewangi aromaterrapi
Crayon

Cara membuat DIY lilin aromaterapi:

Pecahkan lilin menjadi ketulan2 kecil dan keluarkan sumbunya. Sumbu lilin tu gunakan balik nanti. Panaskan periuk stainless steel dan cairkan lilin. Kacau dengan senduk kayu. Jika nakkan lilin berwarna.. campurkan warna crayon pilihan dalam lilin yang sedang dicairkan. Masukkan juga beberapa titis pewangi aromaterapi plihan.

Sebelum tu tegakkan sumbu dalam botol dengan sebatang kayu atau gamkan sumbu di dasar botol. Perlahan-lahan isikan lilin cair kedalam botol. Jika nak membuat beberapa lapisan, pastikan lapisan bawah mengeras sebelum memasukkan warna yang lain.

Dah keras lilin tu, boleh lah di pasang api tu untuk mewangikan rumah atau bilik. Lilin ni juga sesuai dijadikan hadiah.

Nak dapatkan pelbagai idea dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s : Dah wangi seluruh rumah, bolehlah menghayati dengan penuh perasaan romantik gitu. Tapi jaga-jaga, sebelum tidur pastikan api lilin dipadamkan sebelim tidur.

*pic fr google

5 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...