27 November 2015

Cara Buat Amigurami Heart Untuk Rujukan Di Kemudian Hari....


Amigurami betuk hati ni, nampak je senang tapi payah yang amat nak membuatnya. Senget benget jugakla... takpe cuba sampai jadi cantik. Tapi bila ada mood nak buat jer... pattern puas google, susah jumpa. Aku fikir elok tempek kat blog nih. Senang nak cari... Lagipun inilah kerja sambilan aku masa menunggu loading bila tengah online...hehe!

Yang mana nak belajar tu... boleh cuba step by step. Bila dah jadi... cantiknya, kiutnya bentuk hati ni. Comel sesangat. Pernah buat dulu tapi dah habis dijual. Tengah terkial2 nak mencari skil nak buat balik. So.. jom kita belajar sama2 yer...

a. Kita mulakan dengan,
2 ch,
6 sc di ch pertama,
6x 2 sc ( increase ) = 12 sc
3 round sc, matikan benang dan kait 1 lagi benda yang sama.


b. Cantumkan kedua-dua dengan 4 sc

c. Lepastu, 20 sc,
1 round sc
3 sc, sc ' 2 in 1 ' ( decrease 4x ) = 16 sc
2 sc, sc '2 in 1 ' ( decrease 4x ) = 12 sc

d. Masukkan polyester fiber atau kapas
1 sc, sc ' 2 in 1 ' ( decrease 4x ) = 8 sc
Masukkan kapas sekali lagi sehingga padat.

e. '2 sc in 1' ( decrease 4x ) = 4 sc,
matikan benang dan jahit untuk menutup lubang.

Selamat mengait....

p/s : Untuk yang ada asas mengait jer... hihi!

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...