Dengan gabungan bahan organik seperti bawang, cili dan cecair sabun ini mampu mengawal kehadiran hampir kesemua jenis serangga perosak. Senangkan... Nanti tak adalah tanaman sayur-sayuran yang ditanam rosak di makan ulat.
Macammanapun larutan ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan mata. Oleh itu, pakai sarung tangan dan jarakkannya daripada mata dan hidung semasa menggunakannya.
Bahan -bahan :
Botol penyembur
Kain sebagai penapis
Mangkuk bancuhan
2 biji bawang merah
2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu sabun cucian cecair
Kain sebagai penapis
Mangkuk bancuhan
2 biji bawang merah
2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu sabun cucian cecair
Cara penyediaan :
Campurkan kesemua bahan di dalam mesin kisar, tambahkan air dan kisar sehingga hancur kesemuanya. Kemudian, tapis bahan ini menggunakan kain dan tambahkan sabun cecair ke dalam air yang telah ditapis.
Kacau sebati. Sembur larutan ini pada tanaman di bahagian atas dan bawah daun. Larutan ini boleh digunakan lagi walaupun telah seminggu disimpan di tempat tertutup di dalam peti sejuk.
p/s : Sesiapa yang rajin bercucuk tanam di halaman rumah, elok cuba cara ni...
#kredit SINI
great sharing
ReplyDelete