Bagusnya ada rumah sendiri, tak payah bayar sewa kat tuan rumah. Kalau beli rumah pun tak payah berhutang dengan bank. Duduk rumah sendiri dikelilingi tanah yang boleh bercucuk tanam. Ternak ayam dan itik pun boleh. Dapat rumah kontena macam ni pun jadilah....Cantik, bajet pun murah...
Berangan2 jer la kerja aku ni.... en somi ada tanah tapi kos nak buat plak takde.... Entah bila lah dapat buat rumah yang aku idamkan tu. Kengkadang tu rasa nak je aku redah semak samun tu buat pondok kecik kat situ. Tak larat dah nak duduk menyewa ni.
Manalah nak cari modal.... nak pinjam bank dah tentulah tak layak. Almaklum aku dgn en somi kerja sendiri, takde slip gaji. Akaun bank plak bukannya banyak transaksi.... Tak sempat nak masuk bank duit berniaga, dah nak guna.
En. somi cakap seketul kontena tu je dah 20k.... Kos2 lain? ... Uihhhh, mahu 30-40k gak! Hmmm, angan2 je la... jangan angan2 mat jenin dah la....erk!
p/s : tanah en somiku tu kat jalan kebun.... seksyen 33 kota kemuning shah alam jer....!
No comments:
Post a Comment