28 May 2021

Cara Mudah Membersihkan Cawan Yang Mempunyai Kesan Karat Teh

Apabila telah selalu di gunakan, untuk minum teh, cawan akan kebiasaannya mempunyai kesan karat teh. memang sukar untuk di tanggalkan jika membasuh dengsn cara yang biasa iaitu membersihakan dengan sabun cuci pinggan dan air. Kali ini aku nak berikan tips cara mudah membersihkan cawan yang mempunyai kesan karat teh. Mudah sangat caranya tau...!

Cara Mudah Membersihkan Cawan Yang Mempunyai Kesan Karat Teh
Cara Mudah Membersihkan Cawan Yang Mempunyai Kesan Karat Teh

Apabila cawan sudah menunjukkan tanda karat teh, mestilah rasa tak seronok nak di gunakan. Apatah lagi untuk menghidangkan juadah teh pada tetamu yang datang berkunjung. Apa lagi nak buat set cawan teh tu. Simpan sajalah dan beli yang lain. Berapa banyak set nak di beli.Eloklah ikuti tips cara mudah membersihkan cawan yang mempunyai kesan karat teh ini.



Kesan air minuman tu, macam warna karat tu susah nak hilang bila di cuci. Cawan yang cantik dan set yang mahal dah tak dapat hidang kat tetamu lagi. Macam nampak kotor berdaki. Rupanya ada cara nak hilangkan dengan mudah. Tak sangka pula amat senang kerjanya.

Cara Mudah Membersihkan Cawan Yang Mempunyai Kesan Karat Teh

Bahan-bahan yang di gunaka untuk membersihkan cawan yang mempunyai kesan karat teh:

Ubat gigi
Kain bersih
Air suam

Cara-cara membersihkan cawan yang mempunyai kesan karat teh:

- Rendamkan cawan yang ada kesan karat ke dalam bekas mengandungi air suam. Rendamkan selama 5 minit.

- Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada kawasan yang ada kesan karat.

- Gosok menggunakan kain bersih sehingga kesan karat hilang. Hasilnya cawan anda akan kembali cantik.

Setelah membersihkan cawan yang mempunyai kesan karat teh seperti di atas cawan akan kembali cantik dan boleh terus di gunakan. Tak perlu membeli dan menggantikan dengan set cawan yang baru. Jimat duit dan poket tak kempis. Semoga bermanafaat  kepada para pembaca semua.

Nak mendapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
 
p/s : Cawan dah boleh guna semula, malah ia bertambah cantik dan berkilauan... haha1

1 comment:

  1. ooo...gitu... teko kat rumah ni banyak yg ada kesan karat teh, nak nak kat spout dia tu.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...