Setiap penyakit itu pasti ada penawarnya. Apa yang penting kita tidak putus asa berusaha dan berdoa agar ketemu penawar yang mujarab yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit itu. Harus diingatkan juga, jangan hanya bergantung pada perubatan moden semata kerana anda perlu tahu juga bunga ciptaan tuhan yang bukan hanya cantik dipandang malah ia juga menyimpan banyak manfaatnya. Ketahui rahsia alam ini.
Bunga kenanga
Minyak ekstrak dari bunga ini di aplikasi dalam perubatan aroma teraputik yang boleh merehatkan jiwa, menghilangkan tekanan, insomia, mengubat tekanan darah tinggi, melancarkan haid bagi kaum wanita dan mengatasi masalah mati pucuk (impoten) untuk lelaki. Dipercayai juga berkesan untuk demam biasa atau demam malaria, bronkitis dan asma. Minyaknya juga selalu digunakan untuk produk kosmetik bagi mengurangkan garis penuaan iaitu sebagai penggalak kepada pertumbuhan sel-sel baru, merawat jerawat dan berkaitan dengan masalah rambut.
Bunga Mawar
Selain dijadikan sebagai bunga potong, ia digunakan untuk antidepresi, antiviral, antiradang dan sumber vitamin C. Minyak mawar yang di ekstrak dari kaedah penyulingan dan penguapan kelopaknya boleh dijadikan parfum. Mawar juga dapat digunakan dalam produk teh dan jeli.
Bunga Melati
Tanaman ini berkhasiat menurunkan panas badan dan menghilangkan bengkak. Ia juga dipercayai boleh digunakan untuk pemulihan emosi dan memperkuat inspirasi artistik dalam diri seseorang kerana kemampuannya mensimulasikan sisi kanan otak.
Bunga Kembang Cina
Selain ditanam sebagai tanaman hiasan, spesies tanaman ini juga bermanfaat untuk mengubat penyakit seperti diabetes mellitus, demam, atau jika mengalami kesukaran membuang air besar. Dalam masyarakat Cina, ia sering digunakan sebagai ubat perancang keluarga.
Bunga Kemuning
Bersifat pedas, pahit , hangat dan mempunyai kandungan kimia yang tinggi. Dari sudut perubatan, ia dimanfaatkan sebagai ubat pemati rasa, penenang, penghilang radang, dan pelancar peredaran darah. Sekiranya daun dan bunganya digiling halus dan disapukan ke badan, ia akan membuatkan kulit seseorang wanita kelihatan lebih cantik, halus dan bersih.
Bunga Kemboja Getah Putih
Tanaman ini mengandung elemen yang dipercayai dapat mencegah pertumbuhan bakteria. Bunganya bermanfaat sebagai ubat untuk menurunkan panas badan, meredakan batuk dan melancarkan proses membuang air besar. Unsur yang terdapat di dalam kulit batangnya pula dapat menyembuhkan tumit yang pecah-pecah.
Bunga Tanjung
Digunakan untuk merawat penyakit ruam, menghilangkan bau nafas dan untuk mencuci luka.
p/s : Baru lah tau.... banyak khasiat bunga2 ni rupannya. Yang aku tau selama ni, selain buat hiasan.... boleh buat mandi bunga untuk menaikkan seri wajah jer....hihi!
#kredit SINI
perkongsian yang menarik
ReplyDelete