21 September 2015

Mengantar Pengantin Tersilap Tarikh.....Alahai!



Hujung minggu ni dah terjadi peristiwa sadis kat aku ngan family. Boleh silap tarikh nak hantar rombongan pengantin lelaki ke Puncak Alam.... Haru betul la, hubby aku ni.... 

Dah suruh dia call cousin dia tanya..... nak berkumpul kat mana malam tu... Cakapnya, tak pe... sampai masjid besar kat sana baru la call.Yang nak kahwin ni cousin dia... 

Nasib baik, baru sampai separuh jalan, kak ipar dia call.... hantar pengantin bukan hari sabtu 19/9... esoknya 20/9.... haiya... patah balik la. Engko.. dah sampai area gerai2 jualan yang ada jual karipap kingkong tuh..... jauh kan...!

Hari berikutnya... barulah pergi hantar pengantin. Tapi tak sempat jugak ikut rombongan. Rombongan pengantin dah sampai dulu... baru lah kitaorg sampai.... So, janji kul 1 tengahari.... rombongan sampai rumah tercepat plak.... Terlewat la plak kitaorg ngan geng kak ipar anak beranak.

Tak pelah.... janji sampai dan tunjuk muka kat sedara mara... udah! Kenduri rumah pengantin lelaki nanti..... insya'allah. Kalau takde hal apa2, kitaorang sampai....

Kepada kedua2 mempelai... 'Selamat Pengantin Baru' - Semoga bahagia hingga ke jannah.... sama cantik sama padan, bagai intan dengan permata....tahniah!!! Kepada Pokcik dak Mokcik - Selamat menerima menantu pertama....



p/s : kitorg tak sempat bergambar, cedok gambar kat FB anak buah jer... 

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...