22 September 2015

Jom Kita Buat Sardin Homemade.....


Haa........... dah dapat resepi sardin homemade tuuuu....bercadang nak cuba membuatnya..... Almaklum, kegemaran keluarga...Asyik membeli je...Pulak tu ada yang kata yang ready dalam tin tu tak halal...Kan?....... Nak makan pun dah rasa was-was. Buat sendiri, sudah pasti halal.....Senang jer....!

Bahan yang diperlukan :

1 kilo ikan sardin segar - orang kg aku panggil ikan cerut, Bersihkan dan buang kepalanya.
1 tin tomato puree
1 botol sos tomato
Garam. gula
Minyak masak

Panaskan minyak masak. Masukkan tomato puree dan sos tomato. Tumis sampai mengelegak. Masukan air, biar mengelegak sekali lagi. Masukkan ikan. 

Perasakan dengan garam dan gula. Kecilkan api dan biarkan ikan dan kuahnya merenih sehingga tulang ikan lembut. Jangan dikacau berlebihan agar ikan tak hancur.

 Jika perlu, tambah air. Bila dah masak, bolehla diasing2kan didalam bekas2 berasingan. Simpan di peri sejuk. Boleh dimasak seperti biasa.

p/s : Resepi ikan terkorong @ ikan sardin (panggilan org kg aku) ni amik dari FB...Belum wat lagi, baru berkira2 nak buat.....  mohon share yer!!


1 comment:

  1. Singgah tengok resepi sardin homemade.
    TQ share- RN ambil ye resepinya..semoga ilmu dikongsi bermanfaat..TQ

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...