05 September 2015

DIY Tisu Lembab @ Baby Wipes

Hari ni nak share cara buat tisu lembab @ baby wipes. Senang je rupanya... Barulah aku tahu.... Dapat tahu ni dari FB la jugak.

Lepas ni, tak payah beli dah... Yuhuuuu!!!



Mula-mula potong tisu dapur kepada 2 bahagian.

Campurkan bahan-bahan berikut dan kacau hingga larut.
1 sudu besar baby wash
1/2 sudu besar baby oil
1 cawan air
Boleh tambah setitis dua tea tree oil sebagai agen antibakteria. Tak taruh pun tak apa. Taruh air dettol pun boleh.

Letakkan tisu dalam mangkuk dan curahkan larutan tadi ke atas tisu. Biarkan 5 minit supaya tisu betul-betul basah. Kemudian rendam bahagian atas tisu pula. Biarkan 5 minit juga.

Dengan berhati-hati, keluarkan kertas cardbord di tengah-tengah tisu. Kemudian keluarkan tisu pula.

Anda boleh simpan tisu basah tadi dalam bekas kedap udara, supaya ia kekal lembab. Selamat mencuba dan berjimat.


2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...