Hari ini nak berkongsi maklumat antara tepung kek dengan tepung naik sendiri. Dulu selalu fikir tepung pasal apa tepung ini ada nama lain-lain. Kenapa kegunaannya berlainan dan apa yang di campur dalam tepung kek dan tepung naik sendiri tu. Pada aku yang cetek dengan ilmu baking berfikir tepung adalah tepung. Itu yang berlegar di fikiran. Payah nak fikir ni.... haihh!
Tepung Kek dan Tepung Naik Sendiri, Dah Tahu Tak Payah Beli Siap Dah, Bila Nak Guna |
Sebelum belajar untuk bab baking, elok la kita tahu serba sedikit tentang jenis-jenis tepung untuk yang ada di pasaran tu. Nak masak kek tapi kurang faham jenis-jenis tepung dan serabut dengan tepung membuat kek yang macam-macam jenis. Ada dua jenis tepung yang kebiasaanya di gunakan membuat kek. Jangan terkeliru. Nanti lain kek yang jadi ataupun tak menjadi langsung.
Tepung Kek dan Tepung Naik Sendiri, Dah Tahu Tak Payah Beli Siap Dah, Bila Nak Guna
Tepung Naik Sendiri
Tepung naik sendiri (self raising flour) atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Berikut di di bawah adalah cara membuatnya sendiri dan tak payah lagi membeli di pasaraya.
Bahan:
500gm tepung gandum
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara:
Campurkan semua dan ayak sebanyak 3 kali dan dah siap tepung naik sendiri. Boleh simpan dalam bekas bertutup dan bila nak nak guna bolehlah menggunakannya tanpa was-was.
Tepung Kek
Ia adalah sejenis tepung yang mempunyai kandungan gluten yang lebih rendah dengan terdapat sedikit tepung jagung didalamnya. Tepung ini juga dikenali sebagai tepung superfine. Kalau di pasaraya, tepung kek @ tepung superfine ni boleh didapati dibahagian yang menjual barang-barang baking. Selalunya dibungkus di dalam kotak.
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Cara:
Ayak keduanya dan jadilah untuk secawan tepung kek. Kalau nak banyak buatlah lagi sebanyak mana kita mahu. Hanya satu resepi tepung yang mudah. Cubalah!
Ada resepi kek menggunakan tepung naik sendiri Ada juga menggunakan tepung kek. Ramai yang tersilap cara dan silap tepung semasa membuat kek. Hasilnya kek tak menjadi seperti yang di harapkan. Selepas itu di salahkan pula resepi yang tak betul. Lain kali kena pastikan menggunakan tepung yang sebenar. Barulah kek menjadi cantik dan sedap seperti yang di harapkan.
Nak lihat pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s ; Sekarang dah tahu tepung kek dengan tepung naik sendiri berbeza .... so, pastikan betul-betul yek!
buat kek ni best tp proses leceh la huhuhu. dan sy pun tak berapa pandai bab baking nii
ReplyDeleteinfo yang bagus .. saya baru tau camana nak buat .. kalau tak jenuh nak beli asing-asing .. padahal semua bahan ada
ReplyDeleteLaa, senang je. Syiok kalau pandai bab baking ni kan? ^^
ReplyDeleteammi tak pernah lagi guna self raising flour sbb memang letak sendiri baking powder dan baking soda tu.
ReplyDelete