Korang ada alahan atau mabuk tak, bila naik kenderaan dalam perjalanan jauh...Bertuah la korang kalau bukan jenis yang mabuk kenderaan macam aku... Aku ni, kalau naik kenderaan jauh2 sikit mesti kena siap sedia minyak angin bagai....
Jangan la cuba baca suratkhabar, buku hatta massage dalam handphone pun dah buat kepala pening dan rasa nak muntah.
Itula ari tu jumpa petua ni kat FB...Share je la, mana la tahu bermanafaat...
PETUA ELAKKAN MABUK KENDERAAN
Boleh cuba mana-mana cara berikut...
1. Madu lebah dan garam :
Minum 3 sudu besar madu lebah asli dicampur bersama sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.
2. Batang kangkung :
Dapatkan batang kangkung yang menjalar panjang, kemudian lilit dan ikat di pinggang semasa perjalanan.
3. Ubi keledek :
Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan ubi tersebut mentah-mentah jika terasa loya dalam perjalanan.
4. Limau :
Bawa limau dan cium limau tersebut semasa dalam perjalaan. Mudah kan..
Yang lain tu boleh la... okey la kot untuk di cuba tapi batang kangkung tu macam tak logik jer... :)
Apapun selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment