31 July 2015

PERCUTIAN HARI RAYA 2015.... Di Teluk Senangin...!

Hmmm.... dah jadi rutin sejak 3 tahun kebelakangan ini.... setiap raya je mesti pergi bercuti sekaligus. Tahun2 sebelum ni bercuti raya di Teluk Batik, tahun lepas di Pulau Pangkor..... Tahun ni di Teluk Senangin plak... :))



Ini la hotel tempat kami menginap.... Semalam je, tak boleh lebih2... rabak poket... Betul2 berhadapan pantai ditepi lengkungan teluk.... cantik pemandangannya...




Gambar hotel di ambil dari pantai....


Ambil gambar dari bakoni bilik.... nyaman je rasa....



Cantiknya pemandangan.... mcm dlm lukisan...'lukisan alam' indahnye... :)


Aktiviti malam.... barbeque.... susah jugalah nak menghidupkan api... angin kuat sangat... terpaksalah start dalam bilik air dulu.... hihi 




Dah siap bakar seafood.... ada ikan, udang, sotong dan kepah remis tangkap sendiri kat pantai... huhu!
Bestnya kelah2 tepi laut sambil makan2.... :)








Esoknya pepagi... walau hujan renyai... mandi manda pula sambil cari kepah dan remis.... boleh bawa balik... buat lauk... :)


Hotelnya pun best.... semua cukup, Harga pun berpatutan, siap ada sarapan pagi. Boleh la isi perut kenyang2 dulu sebelum mandi laut. Anak2 dan suami, sampai2 je dah berendam kelaut petang sampai tu... 

Aku dan adik cari bahan nak barbecue malamnya..... Sampai hotel dah maghrib... esoknya baru dpt mandi... manalah tak teruja...:))

Inilah secebis kenangan percutian indah sekeluarga serta bersama adik dan anaknya. Entah bila nak kesini lagi. Aku suka kat sini sebab pantainya privasi dan boleh cari kepah dan remis plak tu. Tapi anak2 suka ramai2... tak seronok katanya...

Tahun depan... kemana plak kite...  hish.. belum fikir lagi :)

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...