20 April 2015

PRICE PLEASE.......OR ... pm... pm.... pm....!!!


Ramai sungguh orang  berniaga kat FB.... termasuklah aku. Buat bisnes sikit2 untuk tambah belanja dapur. Ok lah tu... Zaman gawat gst ni mesti nak ada side income... 

Tapi yang tak bestnya, ramai tak letak harga bila pos gambar barang..... Konon2 nak gempak la tu. Buat orang tertanya2  harganya kan! Ada yang beritahu harga meletup la... penghabisan stok la... cepat2 order la... murah giler...macam2 lagi la ayat2 power gitu... Ayat2 poyo semua tuh.. hahaha3x

Selepas tu... berderet2 pm... pm... pm.... Aku pernah  la  letak pm nih.... ada yang jawab cepat... ada yang dah 2 minggu baru berjawab pm tuh dan ada yg tak berjawab langsung... aku yang nak beli ni dah tak de mood sebab lambat jawab pm.

Yang paling kelakar.... kat page pun di suruh pm jugak... camne nak pm yer... dah bagi no. telepon... wassap je la yek. Entah apa2 je lah!

Wabak tak letak harga.... dan pm... pm... pm.. nih, aku rasa dah macam wabak menular plak kat FB. Pada aku... rasa tak beretika langsung... bila tak letak... menyampahhh...!

Bagi aku... aku seorang peniaga berprinsip. Apa yang aku jual mesti aku letak tanda harga... Baik berniaga di kedai aku tuh... mahupun berniaga di FB... Aku rasa kalau tak letak tanda harga... macam tak ikhlas je menjual.... aku rasa lah!

Mungkin akan datang pihak kerajaan boleh buat akta kot... sesiapa je nak menjual apa saja mesti letak harga siap2.. termasuk kat FB... kan.. kan... kan.. dan pastikan semua peniaga online ni berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Untuk yang berniaga.... letakla harga siap2.... rezeki tak berkurang pun... bertambah lagi ada.. sebab terus jumpa serius buyer... ini tidak.. kaya dengan pm je la.. belinya tidak....  peace... :))

1 comment:

  1. Betul. Kekadang pm dah lama. Baru nak reply. Ingatkan xmo jual dah. bersemangat nak beli tetiba sendu xdpt reply back from seller. Huhu

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...