29 January 2020

Ada Yang Kata Pokok Paku Ni Tempat Tidur Langsuir.....!

Ada sejenis pokok paku yang biasanya orang tanam untuk lanskap di kawasan rumah. Kebiasaannya pokok paku ini sesuai pada rumah gaya bali, gaya resort dan gaya kampung/ Ramai juga orang tanam pokok ini, Namanya pokok paku sarang burung atau pokok sakat. Orang kampung panggil paku langsuir. Dengar ceritanya di hutan, pokok ni tempat langsuir bertenggek dan beradu @ tidur.... hehe!

Ada Yang Kata Pokok Paku Nih Tempat Tidur Langsuir.....!
Ada Yang Kata Pokok Paku Nih Tempat Tidur Langsuir.....!

Pokok paku ini cantik d tanam dalam pasu atas tanah atau di letak dalam pasu kecil dan di gantung. Bagi aku, cantik masa pokok ini kecil tapi bila dah besar dan panjang daunnya sudah tak cantik lagi. Cantik pemandangan pokok ini bila di letakkan di sebelah kolam ikan dan di temani bunyi air terjun kecil di pinggir laman comel.



Pokok paku sakat ini kebiasaannya di jumpai tumbuh liar di atas dahan pokok dalam hutan. Ada juga tumbuh di pinggir semak dan di atas pokok kecil. Belum pernah aku jumpa orang menyemai benihnya. Pernah aku tanam di halaman rumah lama dulu. Bila dah besar pokok ini terpaksa di buang. Terlalu besar dan memanjang daunnya. Dah tak sesuai di tanam sebab makan ruang, Laman pula  kecil dan agak sempit.

Ada Yang Kata Pokok Paku Ni Tempat Tidur Langsuir.....!


Seorang kawan aku. ni, takut sangat dia dengan pokok paku sakat ini. Di ajak pergi rumah orang yang ada tanam pokok ini, mesti dia tak nak pergi. Seram tengok rupa pokok paku sakat ini, katanya. Nasib baik dia tak perasan dengan pokok paku  sakat yang aku tanam sebab pokoknya kecil, Tak nampak seram lagi pada dia ataupun dia tak perasan... hahaha!

Mana tidaknya seram, ada jiran rumahnya yang tak jauh juga dari rumah aku buat konsep rumah resort dalam hutan. Bergantungan pokok sakat yang besar ini di halaman rumahnyanya. Bukan satu tapi hampir sepuluh pokok di gantungnya. Dalam pasu besar pun ada. Tapi aku tak adalah rasa apa-apapun melihatnya. Pokok ni apabila besar macam camtik saja jadi tempat bersandar. itu yang macam tempat tidur langsuir tu... hihi!

Nak tahu pelbagai cerita dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s : Sekarang ni aku bermastautin di rumah atas kayangan (flat). Pindah nanti bolehlah fikir kesesuaian nak tanam balik ker...!

4 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...