26 November 2019

Solekan Natural Yang Nampak Menyerlah Berseri Tapi Macam Tak Mekap Je...

Setiap wanita mesti ingin mendapatkan wajah yang cantik berseri tanpa calitan mekap. Mesti ramai yang mengimpikan solekan natural yang nampak meyerlah berseri tapi natural bagaikan tidak memakai apa-apa solekan. Caranya dengan bersolek dan bermekap dengan menggunakan cara solekan natural yang nampak menyerlah tapi bersahaja nampak cantik macam tak mekap je...  huhu!


Solekan Natural Yang Nampak Menyerlah Berseri Tapi Macam Tak Mekap Je...
Solekan Natural Yang Nampak Menyerlah Berseri Tapi Macam Tak Mekap Je...

Dengan sedikit sentuhan magis mekap pasti wajah anda akan menjadi berseri menyerlah dengan gaya natural yang semulajadi menggunakan teknik yang di berikan ini. Barulah keyakinan diri akan terpancar di wajah. Asalkan menggunakan warna-warna mekap yang betul dan warna semulajadi mesti akan terserlah solekan natural itu.

Solekan Natural Yang Nampak Menyerlah Berseri Tapi Macam Tak Mekap Je...


Ikut cara-cara  berikut :

 - 1 - Bedak Asas

Warna Bedak Asas mestilah tampil sama warna dengan kulit asal. Tidak lebih putih atau tidak lebih gelap dari kulit. Apabila anda tersenyum, garisan bibir tidak memberikan hasil lorekan yang berkerak menandakan anda sedang memakai bedak asas. Penggunaan CC Cream dan juga BB Cream memberikan kepuasan kepada pencinta solekan Natural kerana memberikan penampilan kulit wajah yang gebu tanpa nampak bersolek. 

- 2 - Solekan Mata

Warna Solekan Mata tidak terlalu garang dan tidak terlalu pekat tetapi masih tampil memikat dengan warna-warna alami seperti coklat dan hitam. 



- 3 - Pemerah Pipi

Pilihan Warna Pemerah Pipi mengekalkan keaslian warna pipi. Tidak terlampau merah seperti badut sarkis. Penggunaan warna lembut seperti Baby Pink, Harmony dan Peach memberikan penampilan yang lembut dan menawan. Powder Pearl Blusher merupakan warna terbaik memberikan penampilan segar tanpa nampak bersolek.
- 4 - Gincu Bibir/Lipstick

Ramai yang tahu tentang pemilihan warna bibir jenis natural adalah warna-warna seperti coklat dan nude. Apa yang perlu anda fahami, Warna Natural terdiri daripada warna Soft Pink, Soft Peach, Soft Maroon dan Orange merupakan pilihan warna natural yang bersesuaian untuk pelbagai warna kulit. Tidak semua orang nampak Natural apabila menggunakan warna Coklat. Pilihlah warna yang sesuai dan paling dekat dengan ton kulit.

Bolehlah di cuba mengaplikasikan gaya solekan ini di wajah agar mendapat mekap bergaya natural. Gaya solekan natural ini mudah di padankan dengan apa jua busana dan majlis keramaian. Kalau sudah cantik berseri, keyakinan diri pun akan menyerlah... kan!

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Cantik itu subjektif pada aku. Cantik di mata kita tak semestinya cantik di mata orang lain. Apapun kecantikan dalam diri itu sama penting juga... gittew!

#kredit; blog tekniksolekan

4 comments:

  1. singgah selasa
    minggu ini sangat bz

    ReplyDelete
  2. pada saya kulit yg licin takda parut dan jerawat tu pun dah cantik. hehe

    ReplyDelete
  3. jemput join contest di blog saya,senang ja contestnya =)

    https://at-tarmizi.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-di-blog-at.html

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...