15 March 2015

Pergi ke Selangkah UiTM 2015... Buat Ujian Kerjaya.... bla..bla...

Semalam dalam kesibukan yang teramat tu... sempat jugaklah menerpa sekejap ke UiTM Shah Alam menghadiri Expo Selangkah ke UiTM. Anak bujang aku tu nak ... nak jugak pergi sebab nak memastikan kursus yang di pohon tu sesuai tak dengan kelulusan dan minat dia... 

Aku dengan hubby ikut jelah... walau sebenarnya sibuk dengan perjumpaan pada paginya dan petang nak menghadiri majlis nikah plak. Terkejar2 kita org jadinya. Sampai sana dalam pukul 12.00 tengahari... ramainya orang jangan cakaplah...

Aku jugakah  bergambar.... anak xmau nya dia!
Kata petugas... kalau dah tahu kursus mana yang nak di pohon, terus je pergi ke booth fakulti tersebut... Anak aku tu nak jugak ambik ujian kerjaya tu... walau sebenarnya dah fikir siap2 apa yang nak... biar puashati..

Huiyoo... ramainya beratur... Dah itu dia nak.. beratur jugaklah dia...  Aku tunggu kat tepi... Lepas buat ujian kerjaya.. kalau masih pasti... boleh jumpa kaunselor... Dah buat ujian tu.... hmmm!

Seperti yang aku jangka, yang itulah pilihan ujian kerjaya tuh... katanya individu ni suka bekerja dalam bidang penyelidikan.... kemahiran matematik dan sains. Suka bekerja sendirian... suka melibatkan idea berbanding manusia.....

Memang kena sangat dengan anak aku nih.... yang tak banyak berkawan... pendiam... berdikari tapi bab2 matematik dengan komputer cekap... Kalau laptop ada masalah sikit2 tuh, dia je selesaikan...

So, masa dah suntuk untuk aku mengejar masa... terus je kita org pergi ke booth fakulti sains kesihatan dan  jenguk fakulti sains dan matematik.....  Dah dengar penerangan dan taklimat... dalam kul 1.30 tghari kitorg keluar dari situ.

Dah ada apa yang kita nak.... tadi baru je kemaskini borang UPU .... dah siap antar dah... Insya'allah.... moga2 anakku dapat masuk U... dengan kursus yang di pohon....AMIN!!!

p/s : Sekali buat akaun SSPN kat situ.... utk mohon PTPTN nanti..!


No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...