24 December 2019

Kulit Kayu Manis, Mengecutkan Dan Menghilangkan Parut Jerawat Dan Jeragat!

Jerawat yang tumbuh di muka memang boleh menghilangkan keyakinan diri seseorang. Apatah lagi sekiranya di sertai dengsn parut dan jeergat sekali. Jangan risau, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Gunakan cara tradisional bagi merawat masalah anda. Kulit kayu manis bukan sahaja berfungsi dalam masakan bahkan ia juga boleh digunakan untuk tujuan kecantikan. Petua menggunakan kulit kayu manis ini di gunakan turun temurun oleh orang lama.

Kulit Kayu Manis, Mengecutkan Dan Menghilangkan Parut Jerawat Dan Jeragat!
Kulit Kayu Manis, Mengecutkan Dan Menghilangkan Parut Jerawat Dan Jeragat!

Kengkadang pertumbuhan jerawat ini tak menentu. Tengah elok-elk muka, licin  bak telur di kupas, tetiba je tumbuh jerawat sebiji dua kat muka.  Boleh tahan besarnya tu!. Membengkak merah-merah  pulak. Haish! rosak penampilan Ssedeynyeeeee. Begitulah di rasa bila muka di tumbuhi jerawat. Lepas tu tinggalkan parut..kan..kan...kan!



Jangan risau, penyelesaiannya adalah sangant mudah dan menjimatkan Hanya guna bahan yang ada di dapur iaitu kulit kayu manis, sudah nampak penyelesaiannya. Asalkan mengamalkan dengan konsisten dalam beberapa hari, kesanya sudah nampak jelas dan nyata. parut jerawat, jeragat dan jerawat baru sukar untuk tumbuh lagi.

Kulit Kayu Manis, Mengecutkan Dan Menghilangkan Parut Jerawat Dan Jeragat!


Bahan:

Sekeping kulit kayu mansi
Bedak sejuk
Air

Caranya:

Ambil sekeping dua kulit kayu manis., tumbuk sehingga lumat. Bancuh bahan tumbuk tu dengan bedak sejuk dan sedikit air.

Sapukan bahan tersebut pada bahagian yang berjerawat dan berparut. Lakukan sekerap mungkin bagi mempercepatkan jerawat kecutdan parut terus menghilang.. Ulang selalu untuk menghilangkan kesan parut dan jeragat.

*Kalau nak lebih senang dan tak perlu menumbuk, beli siap serbuk kayu manis di  pasaraya.... hehe!

Harap ia dapat membantu anda menghilangkan jerawat dan parut yang mengganggu penampilan.  Selain untuk mengecutkan dan menghilangkan parut dan jeragat, kulit kayu ini banyak lagi  manafaatnya untuk kulit wajah. Antaranya di jadikan scrub untuk membersihkan sel kulit mati dari kulit wajah.

Selain itu ia di jadikan masker dengan mencampurkan kulit kayu mansi bersama madu dan minyak zaitun untuk mencerahkan kulit dan memudarkan garis-garis halus pada wajah. Madu dan minyak zaitun memang di ketahui ramai sebagai bahan kecantikan wajah. Ia menjadi nilai tambah dalam penggunaan kulit kayu manis.

Nak dapatkan pelbagai tips dan Informasi klik SINI

p/s: Jerawat dan jeragat menghilang keyakinan diri pun mendatang... huhu!

6 comments:

  1. bancuh pakai madu pun menjadik hehe. jadikan masker.

    ReplyDelete
  2. aahkan...lupa pulak petua ni. skrg ni parut kat muka ammi dah makin degil.

    ReplyDelete
  3. Dulu penah tumbuk dan sapu terus, pedih ooo 😂😂

    ReplyDelete
  4. pernah try tapi tak tahan sebab pedih. huhuhu

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...