19 November 2019

12 Manafaat Cuka Epal Untuk Kesihatan

Apabila bercakap tentang cuka epal, ramai beranggapan ia bahan untuk dimasak atau digunakan dalam sos salad. Tak ramai yang sedar tentang khasiatnya terutama dari segi kesihatan dan kecantikan. Tahukah anda cuka epal telah di gunakan seja beribu-ribu tahun yang lampau oleh masyarakat Greek dan Mesir sebagai makanan serta tonik kesihatan? Ketahuilah cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. 

12 Manafaat Cuka Epal Untuk Kesihatan
12 Manafaat Cuka Epal Untuk Kesihatan

Cuka epal dibuat daripada proses penapaian apfelmost (buah epal). Proses ini menyebabkan bakteria dan yis menukar gula kepada asid asetik. Cuka ini kaya dengan mineral seperti kalium, klorida, kalsium, natrium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, Vitamin A, C, E, B1 dan B2. Terdapat pelbagai jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu cuka. Kandungan asid asetik dan air dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi etanol oleh bakteria asid asetik.

12 Manafaat Cuka Epal Untuk Kesihatan


- 1 - Sakit Perut
 Campurkan 2 sudu makan cuka epal bersama 200ml air dapat membantu mematikan kuman dan bakteria di dalam perut. 

- 2 -  Melancarkan Penghadaman 
Campur 1 sudu makan cuka epal + 1 sudu makan madu kedalam 100ml air suam dan minum 30 minit sebelum makan. 

- 3 - Sakit Tekak 
Campurkan segelas air suam dengan setengah sudu cuka epal dan minum setiap 2 jam sekali. 

- 4 - Facial - Campurkan secawan cuka epal bersama dua cawan air dan isikan dalam bekas. Goncangkan. Ambil kapas/tuala cotton dan sapu pada kulit. 
 
- 5 - Rambut Bersinar 
2/3 kali seminggu, secawan cuka epal bersama dua cawan air dan isikan dalam bekas. Goncangkan dan guna selepas shampoo di rambut.



- 6 - Kuruskan Badan 
Tingkatkan metabolisma badan dengan amalkan 1 sudu cuka epal + 200ml air mineral dan amalkan setiap pagi. 

- 7 - Nafas Berbau 
Kumur dengan setengah sudu makan cuka epal dan secawan air setiap hari. 

- 8 - Kencing Manis
1 sudu makan cuka epal dan 200ml air setiap pagi membantu mengawal paras gula dalam badan. 
  
- 9 - Selulit
Campurkan 3 nisbah cuka epal kepada 1 nisbah minyak vitamin E dan urut pada perut 2 kali sehari. 

- 10 - Cirit-birit 
Tambahkan 2 sudu makan cuka epal ke dalam 250ml air danambil 3 kali sehari. 

- 11 - Membersihkan Rumah - Campurkan setengah cawan cuka epal dengan secawan air dan anda boleh guna untuk bersihkan bilik air, dapur dan cermin. Sangat berkesan. 

- 12 -  Menambahkan Tenaga - Campurkan 2 sudu makan cuka epal ke dalam 250ml sebelum bersenam/gym.

Cuka epal kebiasaannya tidak mendatangkan kesan sampingan (jika di ambil dengan kadar yang betul), hal ini kerana cuka epal dihasilkan dengan 100% bahan semula jadi tanpa olahan dan tambahan bahan kimia yang berbahaya. Oleh itu, anda tidak perlulah risau. Tidak perlu menunggu dapat masalah kesihatan, barulah menggunakan cuka epal ini. Sebaliknya,  boleh memasukkannya ke dalam banyak jenis masakan yang anda biasa  di makan seperti  salad, mayonis dan lain-lain.

Nak dapatkan lebih banyak informasi di blog ini, klik SINI

p/s : Secara ringkas, cuka epal ini mempunyai banyak kebaikan dan khasiat, bukan sahaja kepada kesihatan, bahkan kepada kecantikan juga. Oleh itu, adalah rugi bagi kita jika tidak memanfaatkannya! 

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...