18 December 2019

Petua Goreng Ikan Masin Agar Kepala Dan Ekor Tak Terbarai....

Ada petua goreng ikan masin agar kepala dan ekor tak terbarai aku nak kongsikan di sini. Walaupun ikan masin di kategorikan makanan orang bawahan tapi ramai orang sukakan ikan masin. Ikan masin di goreng garing akan menjadi penambah perisa yang sedap apabila di makan bersama pelbagai lauk pauk. Jadi aku nak kongsi petua goreng ikan masin agar kepala dan ekor tak terbarai dan menjadikan ikan masin tu cantik terhidang masa nak makan.

Petua Goreng Ikan Masin Agar Kepala Dan Ekor Tak Terbarai....
Petua Goreng Ikan Masin Agar Kepala Dan Ekor Tak Terbarai....

Ikan masin apa-apa saja boleh di buat macam ini. Ikan gelama, tenggiri,belanak, kembung dan kebanyakn ikan masin yang lain pasti akan terputus kepala dengn ekornya masa menggoreng walaupun sudah cukup berhati-hati waktu nak di goreng. Kengkadang tu hancur barai bila di terbalikkan dalam kuali...haish!



Mesti terasa bengang dan hampa apabila bahan yang di masak tak menjadi cantik kejadiannya. kalau untuk makan sendiri itu boleh lagi di maafkan. Tapi kalau untuk di hidangkan kepada tetamu yang di jemput datang ke rumah atau majlis kenduri kendara, memang harulah kejadiannya. Inilah salah satu sebab ikan masin jarang jadi lauk sampingan kenduri. Leceh dan bermasaalah.... hehe!

Petua Goreng Ikan Masin Agar Kepala Dan Ekor Tak Terbarai....


Nak tahu tentang petuanya? Senang sangat semudah a, b, c saja. Ikutlah cara mudah ini:

Mula-mula bersihkan kotoran, pasir dan isi perut ikan masin seperti biasa.

Bilas dan toskan airnya. Kemudian ambil sedikit tepung gandum. Lumurkan rata pada ikan masin yang nak di goreng.

Seterusnya goreng terendam dalam minyak yang betul-betul panas dalam api sederhana. Balik-balikkan ikan untuk kegaringan serata.

Sudah garing, bolehlah di angkat. Pasti ikan masin akan lebih mudah di goreng dan ikan masin itu akan kelihatan cantik sempurna dihidangkan dalam pinggan.

Lepas ni bolehlah hidangkan ikan masin bila ada tetamu makan di rumah dengan menggunakan petua ini. Aku paling suka ikan belanak masin. Ikan belanak masin makan bersama sambal belacan dengan nasi yang panas berwap, tak perlu lauk lain dah. terliur sudah!!!

Apatah lagi sekiranya ikan belanak tu ada pula telur di dalamnya. Gorengan ikan belanak masin akan menjadi dua kali ganda sedapnya tau. Kalau beli ikan belanak masin mesti cari yang perutnya kembung berisi. pasti ada telur di dalammya... huhu!

Nak dapatkan petua-petua mudah di blog ini, boleh klik SINI

p/s : Sedapnya makan nasi panas bersama ikan masin percik kicap... lahai!

4 comments:

  1. sedapnya..tapi takleh makan selalu. tekanan darah payah nak turun

    ReplyDelete
  2. Wak suka ikan kering lumi
    Goreng tak pakai tepung pun tak hancur.
    Ikan kering bukan ikan masin, jadi rasanya tak masin

    ReplyDelete
  3. aduh bahaya ikan masin ni. haha. sebab diriku tak kuat dugaan. haha. kang nasik banyak bertambah >.<

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...