29 December 2014

Banjir Sana Sini ~ Mood Updated Blog Hancusss.... Marilah kita berdoa!



Haish.... Banjir yang teruk di seluruh negara menjejas mood aku... Walau kat tempat aku ni tak banjir tapi situasi hujan yang tak  betul2 berhenti menggerunkan jugak. Manalah tau... kot2 penuh air kat loji kumbahan tu... xke melimpah nanti.... eeeeeiii .. hehe!

Mood nak updated blog masakan tu ada... tapi, nanti kena hentam ngan keyboard warrior kaw2 punya.. Baru nak nyesal n nanges2... tu la paseeee! Tak prihatin,... tak sensitif.... macam2 la haiiii!

Bagi aku yang tak terkena banjir, hanya secebis doa yang dapat aku sedekahkan buat mereka. Nak menolong mangsa2 tu aku  tak mampu....  :))

Untuk yg sudi membaca.... marilah kita sama2 berdoa...!

Ya Allah,....jika bencana yang melanda negara dan rakyat kami adalah kemurkaanMu terhadap dosa-dosa kami, Engkau ampunilah kami dan terimalah taubat kami.

Ya Allah,....jika bencana yang melanda negara dan rakyat kami adalah peringatanMu terhadap kesalahan kami yang lalai dari mengerjakan suruhanMu dan derhaka serta engkar melanggar larangan-larangan Mu, Engkau bukalah pintu hati rakyat kami untuk insaf dan berubah memperbaiki diri seperti kaum Niwawa yang bertaubat dan insaf kembali kepada jalan NabiMu Yunus a.s.

Ya Allah,.....kami pohon janganlah jadikan kaum kami umat yang degil dan sentiasa memberi alasan dari kesalahan-kesalahan kami sehingga kemuncak kemurkaanMu seperti sikap kaum Ad, Thamud serta kaum Lut yang telah Engkau binasakan.

Ya Allah,.... jika semua bencana yang melanda rakyat dan negeri kami adalah musibah ujian bagi menguji kami, maka Engkau tabahkanlah hati kami, tetapkanlah iman dan agama kami, jauhilah kalimat kufur dari lidah kami, jauhilah lintasan hati dari bisikan iblis dan perbuatan jahat anggota kami.

Ya Allah,.....amat benarlah kekuasaanMu.

Kami ini dari Mu Ya Allah dan kepada Mu lah tempat kami kembali.

Ya Allah,.....Engkau gantikanlah semua kesedihan kami dengan kegembiraan dari pengampunanMu. Segala kerugian dengan keberuntungan dan segala yang hilang dengan balasan dan ganti yang lebih baik.

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat-sahabat kami,

Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak dan negeri yang terkena musibbah banjir ini…

Ya Mutakabbir, Ya Sami’, Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba-hamba Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu…

Amin.... amin yarabball a'lamin....!

2 comments:

  1. yes. moga diorang tabah dgn ujian ini...
    and banjir ni cepat surut and diorang boleh teruskan idup dgn normal semula...

    ReplyDelete
  2. anyway ~ salam kenal ye. terjah dari fb :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...