13 December 2014

Appointment Gigi di Fakulti Pergigian UITM Shah Alam.....


Semenjak hampir setahun yang lalu aku menjalani pemeriksaan dan rawatan gigi di sini lah...... Iaitu merelakan diri menjadi antara subjek projek pembelajaran student pergigian kat situ.....

Hurm.... nak yang percuma macam gitulah...kenalah tahan sakit sikit.... kan...kan! Kena sabar jugak. Dalam proses diorang belajar ni makan masa jugak. Dah buat treatment tu kena tunjuk kat pensyarah plak... huhu! Begitulah tiap kali bila aku datang kesini.

Rasanya dah hampir 10 kali gak aku dah buat appointment kat sini. Agaknya selagi tak habis diorang belajar, selagi tu la aku kena kesana di analisis sana sini. Buat treatment macam-macam.... 

Pada aku elok lah tu...tak kisah, sebab masa mula2aku datang sini... gigi aku teruk gila... penuh karas gigi.. hitam2 berkarat pun ada....gigi berlubang reput lagi. Bila gosok gigi berdarah2 gusi aku tu.

Seumur hidup sebelum ni, mana pernah cuci gigi.... bukan xnak.... tapi banyak keperluan lain yang perlu dibuat... mahal plak tu. Dah ada yang free ni bolehlah cuci gigj selalu kan! Aritu cabut gigi pun free je... Ada n3 yang aku kongsi kat blog nih... nak baca boleh klik sini.

Tapi masa buat tu memang sakit. Di koreknya sampai kedalam gusi karas gigi tu....katanya kalau x buat macam tu tulang gigi akan turun kebawah dan menyebabkan gigi goyang dan akhirnya tanggal. Kesannya sekarang gusi aku dah tak berdarah lagi bila gosok gigi..... Gigi pun dah okey je.... healthy katanya.

Akan datang mungkin nak tampal mana gigi yang ada lubang dan buat tukar gigi palsu aku yang lama nih... Alahai, tak sabar nak buat tu semua... 

Bakal Doktor gigi yang  entertain aku tu..... Ena Sapura dan her partner Tini.... walaupun sakitnya gigi aku dikerjakan korang... tahan jelah demi nakkan  gigi yang sihat dan cantik tersusun....hehe!! Apapun thanks u all..! :))

p/s : Masih terasa sengal2 lagi gigi dan gusi aku ni kesan dari buat treatment pagi tadi....ish!


2 comments:

  1. As salam... mcm mana nk buat temu janji tu...kebetulan skrg sy berada di rumah kakak sy yg bersebelahan dgn uitm shah alamalam...sy kurg tahu area shah alam ni... gigi sy mmg tgh sakit skrg

    ReplyDelete
  2. fakulti pergigian uitm dah pindah ke sungai buloh.. belakang hospital sungai buloh.. harap maklum.. datang terus register nanti akan dimaklumkan bila appointment..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...