Sekali sekala sering juga terjadi pada aku tak perasan asam jawa tak ada atau sudah kehabisan. Macam mana nak buat. Nak ke kedai satu masaalah juga. Mengambil masa walaupun kedai tak adalah jauh sangat. Dah asam jawa tak ada takkan nak membuang masa menunggu bahan sampai di beli oleh en. suami. Perut pula sudah minta di isi sebab sudah sampai masa nak makan tengahari.
Nak Masak, Asam Jawa Tak Ada. Boleh Ganti Asam Keping... |
Takkan di sebabkam benda kecil sebegini tak boleh memasak pula. Gunakan apa saja lah yang ada di dapur. Pasti ada bahan lain yang boleh membangkitkan rasa masam seperti asam jawa. Ramai orang pernah jadi macam ini. Berfikirlah secara rasional dan penuh ketenangan. Tak perlulah jadi panik semacam.... hahaha!
Maunya tak panik bagi seorang wanita dan isteri atau suri rumah. Kalau masakan tak sedap boleh jadi gaduh dan perbalahan juga. Itulah sebab masakan yang sedap penting sangat. Kalau tak cukup satu bahan, cukuplah terasa susah hati. Tak perlu risau jika tahu solusi sekiranya tak cukup sesuatu bahannya.
Nak Masak, Asam Jawa Tak Ada. Boleh Ganti Asam Keping...
Sebenarnya tak perlu susah-susah memikirkannya pun. Tak ada asam jawa boleh ganti dengan asam keping@asam gelugor. Dua bahan ni fungsinya sama saja dalam masakan iaitu untuk memberi rasa masam pada masakan seterusnya menyedapkan masakan anda. Aku sudah mencuba tukar ganti bahan ini dalam masakan. Tiada beza pun dengan salah satu daripadanya. Yang beza, asam jawa lembik berair dan asam keping tidak.
Ada dua lagi bahan yang biasa di gunakan untuk memberi rasa masam pada masakan iaitu cuka dan limau tapi kedua-dua bahan ini kena tengok jenis masakannya. Kalau masak tomyam atau masakan yang berkuah, boleh guna limau dan cuka. Kalau masakan seperti sambal cili itu kureang rasa sikit tapi kalau sudah tak ada, apa ada hal. Boleh saja di masukkan.
Haaaaaa,,, jangan tak tau! Lain kali tak boleh bagi alasan lagi kalau korang malas memasak. Perkara mudah jangan cari susah. Memasak ni kena kreatif juga seperti perkara yang lain-lain tu. Kalau kreatif lebih, silap haribualan boleh tercipta satu resepi baru pula... hehe!
p/s : Entri lama yang di kemaskini semula.... haihh!
ya kami pun lebih suka asam keping. sebab banyak sangat kot asam keping kat rumah. ayah selalu hiris buah asam tu dan keringkan :D
ReplyDeletebetul tu. sekarng xda alasan xboleh masak.
ReplyDeleteBetul tu. Hehe. Sha selalu kalau xde bahan nak masak, kreatif je ganti yg agak rasa sama. Lagipun kita jugak yang nak makan 😂
ReplyDeletebetul..ammi pun kalau kehabisan asam jawa campakkan sekeping asam keping.
ReplyDeleteKadang tak ada dua dua ni guna limau tak pun lemon..apa yang ada je lah janji ada rasa masam tu sikit.
ReplyDeleteboth aida ada kat rumah.
ReplyDeletesebab ada masakan yg sesuai air asam jawa.
ada yg lebih sedap guna asam keping.