15 February 2014

Pengalaman Di Wad ...Mengusik Jiwa tul....!

Skrg ni heboh sana sini kes demam denggi dan demam virus  yg macam2 tu....Ada je yang masuk spital dan menghuni wad beberapa hari. Termasuklah aku.........

Nampk mcm tido tp sebenonye pejam mata menahan sakit kepala
Dengan x semena-mena anak perempuan aku sakit teruk........ siap demam tinggi, muntah2 dan cirit-birit bagai....... Hantarlah gi klinik kerajaan...... Lepas doktor check, ambil darah...anak perempuan aku di sahkan suspek denggi. Darahnya pekat giler......Terus di bagi drip air dan dihantar dengan ambulan ke Hospital Klang. Akupun kenalah ikut sekali.....tau jelah anak2 kalau sakit mana boleh berenggang dgn maknya. Huhu....naik ambulan lah aku aritu!

Masa tu ari pun dah petang..... Dari kul 3 kt klinik dgn mcm2 urusan sampai kat Bhgn Kecemasan dh kul 7 mlm...... Ramainya orang yg sakit..... tak terkata aku dibuatnya. Mana nk melayan anak sakit yg merengek2 lagi. Usahkan tempat baring..... tempt duduk pun x ada.... Akhirnya dapt jugaklah duduk dek jasa baik petugas kt situ...... Mana tidaknya, pesakit  aku ni dahla pening katanya....kang tumbang kt situ je.....kan susah.

Kul 8 lebih barulah doktor check.....dpt lah menghuni sekejap katil kt situ. Dah nak masuk kul 10 barulah dapat masuk wad...... itupun x masuk bilik. Dpt katil tepi pintu bilik je..... Untuk mengesahkan penyakit dan menentukan rawatan..... berkali2lah darah anak aku diambil....... kesiannya aku kt dia, dahlah kurus kering....makin kringlah badan dia......

Lubang utk ambil darah.... ngeri!

Kat kedua2 belah tangan dia dipasang jarum. Satu tuk drip air dan satu lagi untuk ambil darah. Dari 6 jam ke 4 jam dan seterusnya 2 jam sekali. Demam plak tak kebah..... asyik2 turun naik je suhunya. Lepas tu anak aku mengadu sesak nafas plak. Memang menggusarkan hati betul. Sedihnya, kesiannya.....xterkata. Tp aku xboleh nk nangis..... nnti ank patah semangat plak. Nanges dalam hati jelah.

Selepas 2 hari kami dipindahkan ke wad lain. Kali ni duk dlm bilik.....  lega ckit. Dlm sakit2 tu ada jugaklah yang kelakar pasal anak aku ni......hehe.... Dek bengang ngan doktor yg asyik ambil darah dan cucuk sana sini dia membebel nanti besar diapun nk jadi doktor nk cucuk2 orang gak..... siaplah...... nk balas dendam gitu!

Dah 5 malam dan 6 hari berlalu..... akhirnya demam dah kebah, dah boleh balik rumah. Lega..... doktor kata anak aku kena demam virus ..... dgn simtom denggi. Okeylah tu..... bila dah sihat walau masih lemah lg.

p/s:  Banyak yg aku belajar dari pengalaman ni....ada yg jauh lebih teruk sakitnya, dah berbulan duk kt wad. Baby plak tu.......!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...