Dua hari lepas dpt petua dari seorang mantan aktres yg dikenali ramai yg skrg menjadi seorg blogger terkenal iaitu Fauziah Samad atau Kak Jee tentang petua halau nyamuk dan lalat. Akupun cubalah..... reason aku cuba ni pun sebab rumah banyak nyamuk dan anak aku yg bongsu tu alah ngan ubat nyamuk. Kesian dia... bila pasang ubat nyamuk mesti dia selsema dan x selesa tidur.
Kengkadang hubby spray je... tp x tahan lama... tengah2 mlm sembur lagi... sebab nyamuk dh berdendang kt telinga.. x cukup tido aku dibuatnyer. Aku pun trylah membuatnya.... senang je, potong dua limau nipis .... cucuk2kan bunga cengkih. Aku tengok cantik plak tu... mcm gubahan bunga jer. X caya... tengok gambar dibawah.....
Betullah.... sejak sekian lama, dua mlm kelmarin memang xde nyamuk. Dptlah aku tidur lena dan x terganggu dek nyanyian sang pontianak kecil ni dan semburan ubat nyamuk. Anak pun xlah susah tido dek selsema akibat alah ngan asap ubat nyamuk...
Terima kasih banyak2 ngan sesiapa yang menjumpai petua ni dan Kak Jee yg telah memanjangkan perkongsian ini... sesiapa yg nk tengok blog Kak Jee tu, boleh klik sini.
Sekian... nanti updated lg!!
No comments:
Post a Comment